[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Barukah Lamakah, Rakyat Mesti Hukum

Date: 20 Aug 1999
Time: 23:55:40
Remote User: -

Comments

Ulasan

Barukah...lama kah rakyat tak kisah. MIC tidak akan dapat undi orang melayu dalam kawasan yang majoriti orang melayu. Tidak kali ini. Kali ini zaman kejatuhan BN...barisan yang busuk lagi membusukkan.

============================================================================================================================== KEBANYAKAN WAKIL RAKYAT MIC AKAN DIKEKALKAN

PULAU PINANG, 21 Ogos (Bernama) -- Kebanyakan wakil rakyat dari MIC terutamanya mereka yang memegang jawatan kanan dalam parti itu akan diminta mempertahankan kerusi masing-masing pada pilihan raya akan datang.

Presidennya Datuk Seri S.Samy Vellu berkata MIC tidak akan melaksanakan perubahan besar dalam menentukan calon-calonnya kecuali di beberapa negeri.

Beliau memberitahu pemberita selepas menghadiri majlis makan malam anjuran Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ramakrishna di sini bahawa bagi Pulau Pinang, wakil rakyat tunggalnya, Datuk Dr K.Rajapathy akan diminta mempertahankan kerusi Kawasan Dewan Undangan Negeri Prai di sini.

"Beberapa negeri lain akan mengalami perubahan kecil dan saya tidak mahu bercakap mengenainya sekarang," kata beliau.

Katanya, adalah terlalu awal untuk mengumumkan sebarang perubahan calon pada pilihan raya ini dan MIC juga yakin untuk mempertahankan kesemua kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimennya.

Dalam ucapannya, Samy Vellu menggesa ibu bapa dari kaum India berusaha untuk membeli sebuah komputer di rumah masing-masing sebagai satu perkakas keperluan.

Katanya, jika ibu bapa hari ini sanggup membeli pelbagai peralatan elektrik moden, mereka juga sepatutnya mampu membeli sebuah komputer bagi tujuan pelajaran anak-anak.

"Teknologi Maklumat merupakan satu ilmu terpenting bagi menghadapi cabaran alaf baru dan ibu bapa kaum India haruslah sedar bahawa anak-anak mereka akan ketinggalan jika tidak mempunyai ilmu itu," kata beliau.

Beliau berkata, dengan adanya komputer, ia dapat menarik minat anak-anak untuk berada di rumah dan belajar menerusi Internet.

Pada majlis itu, Samy Vellu mengumumkan sumbangan peribadinya sebanyak enam unit komputer kepada sekolah berkenaan sebagai tambahan kepada enam unit yang diperolehi hasil kutipan derma pada majlis makan malam itu. -- BERNAMA


Last changed: August 20, 1999