[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Perbuatan Sia-Sia

Date: 21 Aug 1999
Time: 07:08:59
Remote User: -

Comments

Ulasan

Nampaknya UMNO telah habis modal. Sudah 16 laporan yang dibuat satupun tak lekat lagi.Pakatan alternatif juga buat laporan. Pening kepala polis. Tak apa kita bayar gaji mereka. Malangnya kalau pakatan alternatif yang buat, tindakan polis begitu lambat. Kalau UMNO yang buat bukan main cepat lagi.

Mana rakyat nak percaya.

==============================================================================================================================

FITNAH: UMNO BUAT SATU LAGI LAPORAN POLIS

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Jawatankuasa Umno Menangani Fitnah membuat satu lagi laporan polis berhubung laporan akhbar pembangkang yang disifatkan berunsur fitnah jenayah dan menghina mahkamah.

Laporan ke-16 yang dibuat jawatankuasa itu adalah berhubung kenyataan timbalan presiden Parti Keadilan Nasional, Dr Chandra Muzaffar, yang disiarkan akhbar oleh Harakah 2 Ogos lepas.

Laporan polis itu dibuat oleh ketua bahagian percetakan jawatankuasa itu, Mohamed Tajudin Tambi Abdul Wahid di Balai Polis Sentul semalam.

Pada persidangan akhbar di sini hari ini, Tajudin berkata kenyataan Chandra dalam akhabr itu bersifat menghasut rakyat serta menanam perasaan tidak hormat dan benci kepada perdana menteri serta semua pihak yang dinyatakan. -- BERNAMA


Last changed: August 21, 1999