[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Kawasan Pak Lah Sarang Dadah

Date: 21 Aug 1999
Time: 07:13:11
Remote User: -

Comments

Ulasan

Kita lihat Pak Lah gagal dalam membanteras kegiatan dadah di kawasannya. Ini satu bukjti dia abaikan kawasannya. Entah-entah ada kroni yang meniaga dadah tak?..

Apa lagi yang kita tunggu, jatuhkan sahaja kerajaan yang ternyata gagal ini.

============================================================================================================================== SEBERANG PERAI UTARA KAWASAN UTAMA SALAH GUNA DADAH

KEPALA BATAS, 21 Ogos (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau kecewa kerana Seberang Perai Utara merupakan antara kawasan utama penyalahgunaan dadah di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, yang mengejutkan beliau daripada perangkaan yang diberikan oleh Agensi Dadah Kebangsaan ialah 60 peratus daripada 1,020 penagih yang dikesan antara Januari dan Jun tahun ini di kawasan itu adalah orang Melayu.

Kebanyakan mereka sudah bekerja iaitu 11.6 peratus pekerja kilang, 21.2 peratus (pekerja binaan), 16.1 peratus (buruh) dan 8.5 peratus (pekerja bidang pengangkutan) berbanding hanya 4.8 peratus penganggur.

Bercakap pada persidangan berita selepas mendengar taklimat di masyuarat pembangunan daerah Seberang Perai Utara di sini, beliau berkata 43.24 peratus daripada mereka terbabit menyalahguna dadah disebabkan pengaruh kawan.

Abdullah yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, kerajaan bersetuju membina sebuah pusat serenti di Penaga manakala Pusat Rawatan Dadah di Kampung Selamat di Tasik Gelugor akan diperluaskan.

Katanya usaha memerangi penyalahgunaan dadah akan diteruskan seperti menggalakkan penggunaan masjid dan surau bagi penganut beragama Islam serta usaha kaunseling atau ceramah untuk menggalakkan kegiatan sihat di kalangan pelajar.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan juga bersetuju supaya projek menebat banjir di daerah itu terutama di kawasan berdekatan Sungai Muda dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kelapan.

"Kerajaan juga bersetuju membina empat lagi pusat pemindahan mangsa banjir bagi daerah ini bagi menampung enam lagi pusat sedia ada," katanya.

Seberang Perai Utara adalah antara kawasan yang sering dilanda banjir.

Dua daripada pusat pemindahan mangsa banjir yang baru itu sedang dibina manakala dua lagi sedang dalam proses pengeluaran tender.

Abdullah berkata mesyuarat itu juga membincangkan mengenai pelaksanaan kegiatan pertanian sesuai di tanah kerajaan atau di kawasan Lembaga Pembangunan Wilayah Pulau Pinang (Perda) di daerah itu.

Antaranya ialah seperti projek-projek pemeliharaan angsa, ayam dan burung kasawari. -- BERNAMA


Last changed: August 21, 1999