[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Najib Menghitung Hari

Date: 21 Aug 1999
Time: 07:17:35
Remote User: -

Comments

Ulasan

Najib selalu main teka teki dengan rakyat. Hari itu dia beritahu bahawa dia tiada masa untuk bertemu pelajjar kerana takut hadapi pelajar yang dirun parti-parti alternatif. Kali ini dia kata dia sanggup jumpa. Nak jumpaini kena ada syaratkah?

Sudahlah pelajar pun takmahu jumpa sebab kamu penakut hadapi kenyataan.

Masa kamu akn berlalu.

============================================================================================================================== KERAJAAN SEDIA DENGAR PANDANGAN PELAJAR

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Kerajaan bersedia mendengar dan mempertimbangkan pandangan dan kehendak yang dibangkitkan pelajar terutama dari institusi pengajian tinggi awam (IPTA) jika ia mempunyai asas dan munasabah, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Beliau berkata kementerian bersedia mengambil kira semua pandangan yang dikemukakan menerusi saluran yang betul seperti berdialog antara mereka dengan beliau atau menteri-menteri lain.

"Kita akan mengambil kira perkara yang dibangkitkan mereka dan mana yang ada asas dan munasabah kita terima...bukan kita tidak boleh terima pandangan mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis taklimat dan dialog tertutup bersama 320 pelajar Universiti Islam Antarabangsa dan Institut Teknologi Mara di sini.

Mereka adalah kumpulan pertama daripada 4,000 pelajar IPTA yang disenaraikan untuk menyertai program itu yang dianjurkan bersama kementerian dan IPTA.

Program itu bertujuan membolehkan pelajar memperolehi maklumat tepat mengenai arah tuju negara serta dasar kerajaan dan rasionalnya sesuatu yang dilaksanakan kerajaan.

Najib berkata ia juga untuk membentuk pelajar yang berilmu dan mempunyai pengetahuan luas di samping mempunyai semangat kenegaraan yang tinggi.

Beliau berkata menerusi program itu pelajar boleh mengemukakan pandangan terhadap maklumat yang disampaikan kepada mereka dan terserah kepada pelajar itu untuk membuat kesimpulan dan tafsiran mengenainya.

Menjawab satu soalan, Najib menolak anggapan bahawa program itu bertujuan untuk mempengaruhi pelajar berikutan perkembangan politik tanah air sekarang.

"Kita tak percaya kepada itu, kita beri maklumat dan mereka boleh menilai dan mengemukakan pandangan dan pendapat masing-masing.

"Saya fikir program ini bukan untuk mengongkong mereka tetapi ia adalah komunikasi dua hala, kita beri maklumat dan kita tinjau apa yang tersemat dalam hati mereka," katanya.

Katanya, perkara yang dibangkitkan ketika dialog itu termasuk berhubung dasar pendidikan negara, peranan media massa, pendirian penbentukan insan melalui pendidikan Islam, dasar kerajaan dan pembayaran tambahan terhadap pengajian serta peruntukan biasiswa yang dikatakan tidak mencukupi.

Program anjuran Kementerian Pendidikan dan IPTA di negara ini turut membawa pelajar untuk lawatan ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL dan pusat pentadbiran baru kerajaan persekutuan di Putrajaya.

"Rumusan akan dibuat pada setiap akhir program dan jika ada pelajar merasakan sesuatu patut dilakukan kita boleh memberi pertimbangan kepada kehendak dan permohonan mereka," katanya.

Katanya, taklimat yang disampaikan kepada pelajar hari ini termasuk mengenai dasar negara dan mengenai Majlis Tindakan Ekonomi Negara dan usaha-usaha pemulihan ekonomi dan aspek ekonomi negara kini dan masa depan. -- BERNAMA


Last changed: August 21, 1999