[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Megat Harus Letak Jawatan

Date: 21 Aug 1999
Time: 07:20:43
Remote User: -

Comments

Ulasan

Jangan main sandiwara dengan rakyat. Inflasi ada kaitan dengan ekonomi. Apa guna ekonomi kononnya pulih tapi harga barangan melanbung naik.

Megat Junid buat apa?

Letak jawatan sajalah. Tak ada standard jadi menteri.

============================================================================================================================== KERAJAAN BERUSAHA ATASI INFLASI SEBELUM JEJASKAN EKONOMI

JELI, 21 Ogos (Bernama) -- Kerajaan tetap berusaha bersunguh-sungguh untuk membendung kenaikan kadar inflasi sebelum ianya memberi kesan kepada ekonomi negara.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Mustapa Mohamed berkata kerajaan berpendapat harga barangan khususnya makanan tidak sewajarnya naik sehingga menyebakan peningkatan kadar inflasi.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad) turut tidak berpuas hati dengan keadaaan yang ada. Kita (kerajaan) merasakan harga barang-barang di Malaysia tidak seharusnya naik kerana kita kaya dengan sumber-sumber, bekalan kita mencukupi, kita ada kawalan harga, oleh itu harga di Malaysia tidak seharusnya naik," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata mesyuarat Kabinet memutuskan untuk memerangi habis-habisan inflasi bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung rakyat.

Mustapa berkata kawalan inflasi itu perlu dibuat mulai sekarang "kerana kalau ekonomi berkembang tetapi harga barang naik ianya tidak ada guna," katanya.

Beliau berkata sekiranya kerajaan mendapati kos pengangkutan menjadi punca kenaikan harga barangan maka kerajaan akan mencari jalan mengatasinya.

Menurutnya usaha untuk mengawal inflasi bukan sahaja terletak di bahu kementerian kewangan sebaliknya melibatkan juga seluruh jentera kerajaan. -- BERNAMA


Last changed: August 21, 1999