[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Wartawan Media Kroni Kena Siasat

Date: 21 Aug 1999
Time: 07:25:59
Remote User: -

Comments

Ulasan

Kali ini gilkiran dua wartawab media kroni kena siasat. Rupa-rupanya mereka juga mahu dengar ceramh-ceramah parti-parti alternatif tapi dengan tujuan tak baik. Laporan mereka berat sebelah.Lain yang dicakap dan disebut,lain pulayang ditulis mereka.

Kali ini biar mereka dihimpit polis.

============================================================================================================================== DUA WARTAWAN UTUSAN DISOAL POLIS BERKAITAN DAKWAAN EZAM

IPOH, 21 Ogos (Bernama) -- Dua wartawan Utusan Malaysia di Perak disoal polis hari ini berhubung laporan mereka mengenai kenyataan Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional Mohamed Ezam Mohd Nor tentang dokumen rahsia kerajaan yang disimpan di luar negara.

Wartawan Ramli Abdul Karim, wakil daerah Utusan di Teluk Intan, berkata dia disoal di pejabatnya oleh seorang pegawai polis dari Ibupejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada sebelah pagi manakala wartawan Biro Perak Nor Zainah Nordin disoal di pejabat biro Utusan di sini oleh pegawai yang sama, di sebelah petang.

Ramli berkata dia disoal dari 10 pagi hingga 12.30 tengah hari manakala Nor Zainah berkata dia disoal dari 3 petang hingga 4 petang.

Ramli berkata dia disoal mengenai laporannya berhubung kenyataan Mohamed Ezam pada ceramah politik Keadilan di perkarangan pejabat parti itu di No. 6 Bangunan PKNP Fasa Empat di Kampung Gajah pada malam 11 Ogos lepas.

Laporan ceramah Mohamad Ezam yang ditulis oleh Ramli itu disiarkan di muka depan Utusan Malaysia pada 13 Ogos dengan tajuk "Ezam Akui Anwar Simpan Dokumen Di Luar Negara." Laporan Nor Zainah mengenai ceramah Mohamed Ezam di Kampung Sungai Tapah di sini pada malam 13 Ogos lalu disiarkan di muka depan Mingguan Malaysia pada 15 Ogos lepas dengan tajuk "Saya Sedia Didakwa, Ezam."

Kedua-dua wartawan itu berkata mereka turut menyerahkan pita rakaman ucapan Mohamed Ezam pada kedua-kedua ceramah itu.

Mohamed Ezam, bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, telahpun disoal oleh Polis Kuala Lumpur berhubung kenyataannya itu. -- BERNAMA


Last changed: August 21, 1999