[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Jangan Merayu-rayu

Date: 21 Aug 1999
Time: 07:35:12
Remote User: -

Comments

Ulasan

Selepas kamu tak mahu jumpa pelajarsekarng kamu rayu untuk diberi peluang beri pendapat. Pendapat apa yang kamu beri. Sama saja dengan pendapat yang lain. Tiada lebihnya.

Rayuan kamu macam rayuan si pondan siam mencari pelanggan.

==============================================================================================================================

BERI KAMI PELUANG -- HISHAMUDDIN

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Pemangku Ketua Pemuda Umno Datuk Hishammuddin Tun Hussein hari ini merayu golongan pelajar dan belia agar memberi peluang kepada pergerakan pemuda parti-parti komponen Barisan Nasional mendengar pendapat mereka.

"Itu lebih baik daripada memaki hamun kami," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pemuda BN di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Katanya pada mesyuarat itu, Pemuda BN bersetuju mewujudkan Sekretariat Perhubungan Mahasiswa yang akan menjadi pusat mengumpul maklumat mengenai sebarang masalah berhubung golongan pelajar dan belia.

"Mahasiswa boleh menyuarakan apa sahaja yang terbuku di hati sanubari mereka dan segala pandangan akan dikumpul dan dibawa untuk perhatian pihak atasan," katanya.

Untuk itu, setiap parti komponen telah mewujudkan biro masing-masing yang memberi tumpuan kepada persiapan pilihan raya dan mendekati golongan mahasiswa, pelajar dan belia.

"Saya tidak fikir ini gimik politik. Apa yang kami mahu lakukan ialah mendekati mereka, mengumpul maklumat, pandangan dan suara hati mengenai apa yang mereka bangkitkan agar dapat pihak atasan menyelesaikan rungutan pelajar," katanya.

Hishammuddin berkata Pemuda BN akan memberi perhatian kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 yang dikatakan menyekat pembangunan minda pelajar.

Mesyuarat hari ini juga bersetuju untuk menangguhkan Konvensyen Pemuda BN yang dijadual bulan ini ke September ini.

Persiapan pilihan raya dan persiapan menyambut Hari Kebangsaan turut dibincangkan. -- BERNAMA


Last changed: August 21, 1999