[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Kamu Tetap Sekular

Date: 21 Aug 1999
Time: 09:58:26
Remote User: -

Comments

Ulasan

Janganlah pandai-pandai nak ajar orang tentang fardu kifayah. Kamu sendiri tidak laksanakan hukum Allah swt mengenai kedurjanaan Si Kepala Taik. Kamu gunakan ugama untuk kepentingan politik kamu.

Kamu lups tentang hukum dan neraka Allah swt terhadap orang yang sanggup berdusta sedangkan dia ada ilmu yang mendalam tentang ugama.

Dasi segi pelaksanaan,kamu tetap sekular.

======================================================================================================================================================== JANGAN SEMPITKAN PEMAHAMAN TENTANG IBADAT, KATA HAMID OTHMAN

BANGI, 21 Ogos (Bernama) -- Pemahaman erti ibadat mesti dihayati oleh masyarakat Islam di Malaysia supaya pemikiran Islam dari segi keperluan semasa tidak disalah anggap, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paduka Abdul Hamid Othman hari ini.

Menurutnya, ada masyarakat Islam di negara ini yang menganggap tuntutan fardu ain saja iaitu sembahyang dan puasa umpamanya sebagai kerja ibadat.

"Kerja-kerja yang dituntut oleh fardu kifayah seperti belajar ekonomi, sains dan usaha basmi kemiskinan untuk keperluan masyarakat juga merupakan ibadat," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Gerakan Tajdid (Pembaharuan) Menjelang Abad Ke-21 di sini.

Katanya, penerangan tentang kefahaman Islam melalui dakwah diharap memberi pembaharuan pemikiran serta kekuatan kepada masyarakat Islam di negara ini.

Tajdid, katanya, terbahagi kepada dua iaitu dakwah Islamiah yang memberi penekanan kepada keperluan semasa, dan pembangunan ekonomi seperti membasmi kemiskinan dalam konteks Malaysia.

Mengenai cadangan dinaikkan mas kahwin, Abdul Hamid berkata ia tidak boleh dinaikkan kerana harga yang ditetapkan merupakan undang-undang syarak serta bersesuaian kepada semua orang.

Katanya, menjadi kesalahan sekiranya pengantin perempuan meminta mas kahwin lebih tinggi daripada harga yang telah ditetapkan.

Sebanyak 22 kertas kerja oleh sarjana tempatan dan luar negara akan dibentangkan dalam seminar dua hari itu anjuran bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerusi Jabatan Pengajian Arab dan Ketamadunan Islam dan Yayasan Sains dan Pendidikan Nur, Turki. -- BERNAMA


Last changed: August 21, 1999