[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Pak Lah Terus Lesu.

Date: 21 Aug 1999
Time: 10:12:34
Remote User: -

Comments

Ulasan

Apa sudah jadi dengan Pak Lah? Sudah kehilangan modalkah? Tak bertenaga nampak? Pressure kuatkah?

Kita sarankan kepada Pak Lah supaya duduk rumahlah sebab jawapan dan alasan yang dia beri langsung tak ada standard. Bukan dari ide dia.

Kasihanlah pada diri sendiri.

============================================================================================================================== PEMBANGKANG AKUI KEKUATAN PERPADUAN BN, KATA ABDULLAH

BUTTERWORTH, 21 Ogos (Bernama) -- Kelebihan dan kekuatan perpaduan Barisan Nasional (BN) sebenarnya diakui oleh parti-parti pembangkang apabila mereka meniru kaedah BN dengan cuba mewujudkan satu pakatan sesama mereka menjelang pilihan raya.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata bagaimanapun pakatan pembangkang itu hanya bertujuan memancing undi semata-mata dan mereka sebenarnya tidak mempunyai pemuafakatan.

Ketika berucap pada majlis Perhimpunan Bersama Rakyat anjuran Umno Bahagian Bagan di sini, hari ini, beliau berkata disebabkan itu, parti-parti pembangkang sering bertelagah sesama sendiri kerana pakatan mereka hanya bertujuan memenangi pilihan raya.

"Belumpun memerintah, parti-parti pembangkang yang cuba mewujudkan pakatan itu telah keliru mengenai agenda masing-masing," katanya.

Beliau memberi contoh dengan PAS, yang mahu menjadikan Malaysia sebagai negara Islam tetapi ditentang oleh DAP manakala Parti Keadilan Nasional pula cuma mahu membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mereka kini bertelagah mengenai soal siapa patut menjadi Perdana Menteri.

Abdullah berkata kekeliruan sesama pemimpin parti-parti pembangkang itu juga jelas menunjukkan mereka tidak boleh bekerjasama malahan sering berbalah kerana tidak mempunyai sebarang rancangan untuk pembangunan rakyat.

Katanya berbeza dengan BN, parti-parti komponennya sentiasa bekerjsama dan merancang untuk pembangunan rakyat sepanjang masa serta tidak pernah berbalah sesama sendiri kerana mementingkan perpaduan dan keselamatan rakyat.

Beliau berkata disebabkan itu, rakyat tidak mempunyai sebab untuk menukar kerajaan yang diterajui oleh BN malahan harus mengekalkannya demi perpaduan dan kesejahteraan hidup.

"Apa lagi kita mahu, kerajaan sentiasa mengutamakan kehidupan rakyat, kita sentiasa ada rancangan untuk kemajuan rakyat dan kita terus bekerja untuk rakyat dan negara," katanya.

Terdahulu itu, Ketua Umno Bahagian Bagan Datuk Abdul Latiff Mirasa dalam ucapannya, berkata Umno bahagian itu akan menjalankan kempen kesedaran bagi memastikan kerusi Parlimen Bagan dirampas oleh BN pada pilihan raya ini.

Beliau berkata walaupun BN memenangi kesemua kerusi Dewan Undangan Negeri bahagian Bagan, kerusi anggota Parlimennya masih dipegang oleh pembangkang dan kini tiba masanya untuk BN merampas semula kerusi itu. -- BERNAMA


Last changed: August 21, 1999