[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Parti Alternatif Menolak Cadangan Penggabungan Bank Kerajaan BN

Date: 22 Aug 1999
Time: 09:17:05
Remote User: -

Comments

Parti Alternatif Menolak Cadangan Penggabungan Bank Kerajaan BN Parti Alternatif menolak sama sekali cadangan penggabungan bank Kerajaan Barisan Nasional (BN) baru-baru ini, dan akan membatalkan nya jikalau mendapat mandat pengundi Malaysia dalam pilihanraya umum akan datang. Kalaupun BN menang, sokongan yang kuat kepada pihak pembangkang akan membuktikan penolakan orang ramai terhadap rancangan kerajaan yang tidak bertanggungjawab ini. Rancangan BN cuba memaksa penggabungan dan syarikat kewangan yang sedia ada, menjadi enam bank lebih besar. Kami menganggap rancangan ini patut ditolak daripada beberapa segi.

Walaupun kami mengakui perlunya pemanapan sistem bank dalam menghadapi liberalisasi kewangan antarabangsa, kami menentang cara pihak berkuasa menangani masalah ini.Walaupun kuasa pasaran semata-mata tidak boleh diharapkan untuk mencapai dan melindungi kepentingan nasional, kami mencadangkan kegunaan insentif pasaran untuk menggalakan bank Malaysia memajukan kepentingan nasional,orang ramai serta pertumbuhan yang seimbang dan mampan.Misalnya,pindaan kepada tawaran insentif dahulu untuk mencapai sistem bank dua peringkat boleh membawa pemantapan sistem bank yang dikehendaki.Kerajaan patut berusaha untuk memastikan bahawa sistem kewangan rakyat,dan bukan hanya disesuaikan mengikut globalisasi perbankan,yang belum pasti lagi bentuk dan sifatnya .

Masih belum terdapat hujah menyokong cadangan Kerajaan , terutama ciri terperincinya , yang menyakinkan – yang mencerminkan sikap ‘ angkuh dan tidak ingin berunding’ pihak Kerajaan terhadap soal polisi awam . Enam bank yang dicadangkan seolah – olah dipilih secara sewenang – wenangnya tanpa usaha untuk menyakinkan mereka yang berkepentingan akan kelebihan serta faedah sebenar rancangan berkenaan , di samping menenangkan kebimbangan yang ikhlas terhadap kekurangan serta kesan buruknya . Tiada sebarang bukti bahawa bank lebih besar yang dicadangkan pasti lebih mampu menangani cabaran masa depan kerana bukan semua masalah dapat diatasi hanya dengan ekonomi skala tertentu , terutamanya memandangkan bank yang dirancangkan sebenarnya masih kecil di peringkat antarabangsa .

Memandangkan beberapa kumpulan dan bank utama yang dicadangkan , beberapa pengganbungan yang dipaksa itu barangkali akan gagal , ini akan memburukkan lagi keadaan tenat sistem kewangan Malaysia kini . Terdapat beberapa tanda kemungkinan kegagalan demikian, akibat ketidakpadanan dari segi budaya, institusi dan individu disamping intensif yang ditawarkan, yang tidak dapat mendorong semua pihak yang terlibat untuk memastikan penggabungan itu berjaya. Lagipun, sebelum dan semasa krisis perbankan kini, prestasi kebanyakan bank kecil lebih baik daripada bank lebih besar. Akibatnya, bank asing akan lebih menguasai sektor bank Malaysia kerana mereka lebih mampu mengambil kesempatan daripada ketidakpastian akibat kesan buruk rancangan penggabungan bank yang buruk ini.

Sebagai pengganti penggabungan terpaksa yang disegerakan ini, kami menghendaki pembangunan sistem bank berperingkat, di mana bank bersaiz berlainan dapat saling hidup bersama dan saling melengkapi. Terdapat cukup bukti bahawa banyak bank kecil lebih berjaya melayan pelanggan mereka dan seluruh ekonomi secara lebih berkesan daripada bank besar. Sistem bank nasional yang berperingkat di banyak negara lain meyakinkan kami akan viabiliti sistem demikian.

Kami tidak mencadangkan peniruan maa-masa sistem asing tertentu, tetapi menghendaki evolusi sistem secara sukarela, memandangkan sejarah serta kekuatan dan kelemahan perbankan Malaysia dewasa ini. Para pemilik dan majikan bank cukup menyedari cabaran besar yang dihadapi, dan mengakui perlunya perubahan sesuai dengan zaman dan keadaan baru. Tetapi sifat paksa, waktu singkat dan tidak peka rancangan penggabungan tidak memberi keyakinan bahawa pihak berkuasa lebih memahami masalah pilihan dan penyelesaian yang dihadapi. Kegagalan lain pihak berkuasa dewasa ini telah mengurangkan lagi keyakinan umum terhadap kemampuan mereka untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh sistem bank khususnya dan ekonomi amnya. Maka, terdapat kesangsian dan penolakan umum terhadap rancangan, bukan hanya kerana ciri rancangannya, tetapi juga sebab jadual singkat dan cara paksanya.

Terdapat juga kebimbangan orang ramai bahawa rancangan penggabungan bank didorong politik, terutamanya untuk mengenepikan mereka yang dianggap pernah mempunyai hubungan dengan bekas Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim. Memandangkan bukti pendakwaan terpilih, penekanan dan penindasan terhadap ramai kenalan Anwar yang lain dewasa ini, rancangan penggabungan dianggap keji lagi tidak bertanggungjawab sebagai senjata politik. Walaupun segelintir kepentingan Malaysia pasti mendapat faedah daripada penggabungan bank yang dirancang, kebanyakan rakyat Malaysia (termasuk usahawan tulen) – yang tidak mempunyai hubungan erat dengan pucuk pimpinan BN- sudah pasti mempunyai banyak kebimbangan. Rancangan penggabungan bank barangkali akan menumpukan lagi pemilikan, penguasaan dan pengaruh dalam sektor bank dengan mengorbankan kepentingan orang ramai serta daya saing ekonomi Malaysia. Khususnya, terdapat banyak kebimbangan bahawa kelompok berkuasa sedang bermaharajalela dengan menggunakan proses penyusunan semula, terutamanya rancangan penggabungan bank, untuk menguasai sektor kewangan dengan lebih menyeluruh lagi.

Sesuai dengan prinsip pentadbiran korporat yang baik, kami percaya bahawa proses sukarela merupakan cara terbaik untuk memastikan bahawa kepentingan semua pihak yang berkepentingan dijaga dengan baik. Cadangan penggabungan seolah-olah tidak pedulikan kepentingan pemilik serta pengurus kebanyakan bank, apalagi kepentingan pemilik saham minoriti. Cadangan ini tidak prihatin langsung terhadap golongan lain yang berkepentingan, terutamanya pelanggan dan pekerja. Pekerja sektor kewangan, yang menjadi mangsa utama krisis kewangan dewasa ini, akan dikorbankan lagi dengan pembuangan pekerja serta pengurangan pendapatan.

Walaupun rancangan ini jelas didorong oleh ketamakan kelompok berkuasa menjelang pilihanraya genting kelak, kami tidak ingin mempolitikkan rancangan penggabungan bank terkini. Sebaliknya, kami meminta pihak berkuasa serta-merta menggantikannya dengan pendekatan lebih adil, cekap dan bermanfaat, yang kami cadangkan.

tt tt tt tt Parti Keadilan Nasional Parti Islam SeMalaysia Parti Tindakan Demokratik Parti Rakyat Malaysia (KeADILan) (PAS) (DAP) (PRM)

Kuala Lumpur, 22 August 1999


Last changed: August 22, 1999