[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Pak Lah Masih Di Takuk  Lama

Date: 22 Aug 1999
Time: 09:41:18
Remote User: -

Comments

Ulasan

Sahlah bahawa Pak Lah ketandusan ide. Beliau masih duduk dipaksi yang lama tanpa apa-apa yang hebat tentang dirinya. Beliau hanya layak mejadi Pak Turut dan pengampu.

Kalau berbanding dengan BN,pakatan alternatif lagi berbilang kaum. UMNO dan BN masih duduk ditakuk lama. Si Kepala Taik gunakan kaedah pecah dan perintah. Itu saja.

Janganlah ganggu gulungan muda kerana mereka lagi peka terhadap kedurjanaan Si Kepala Taik.

Cukup sampai di sini pemerintahan BN. Sayonara.

======================================================================================================================================================== Rakyat selesa kongsi kuasa BANGGA... Abdullah (empat dari kiri) melihat Abdul Malek mengibarkan bendera Malaysia selepas berenang dari Pulau Pinang ke Butterworth.

Oleh NORFATIMAH AHMAD KEPALA BATAS: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, rakyat negara ini hanya menerima kerajaan yang mengamalkan perkongsian kuasa dan mengutamakan permuafakatan antara kaum.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, permuafakatan dan perkongsian kuasa yang dilaksanakan sejak negara mencapai kemerdekaan nyata mengukuhkan perpaduan rakyat berbilang kaum hingga sekarang.

"Dalam keadaan negara sekarang ini, tidak ada peluang untuk mana-mana kumpulan agama, bangsa dan kaum memerintah dengan sendiri tanpa pembabitan semua pihak.

"Rakyat lebih selesa dan yakin dengan kerajaan yang mewakili semua kaum," katanya berucap pada majlis Program Bela Negara 1999 peringkat negeri di Dewan Perbadanan Produktiviti Negara (NPC), di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Men-teri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon; Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Koay Kar Huah serta pemimpin tempatan.

Selain itu, hampir 500 belia termasuk pelajar menghadiri program sehari yang turut menjemput pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah untuk menyampaikan ceramah berkaitan peranan belia dalam pembangunan negara.

Abdullah berkata, permuafakatan antara kaum juga mampu menghapuskan perasaan perkauman yang menebal kerana sikap itu boleh merosakkan masyarakat.

Katanya, pertubuhan seperti Majlis Belia Malaysia (MBM) dan persatuan belia di setiap daerah dan negeri perlu mementingkan perpaduan untuk mengelak pergeseran dan pergaduhan antara kaum.

"Perbalahan antara kaum di negara ini akan menjejaskan keamanan dan keselamatan rakyat tidak lagi terjamin, selain menggugat rancangan pembangunan negara," katanya.

Sementara itu, Abdullah mengarahkan pembinaan sebuah Pusat Serenti yang melaksanakan kaedah rawatan dan pemulihan dikenali sebagai terupatik komuniti dibina di Penaga, Seberang Prai Utara (SPU) disegerakan.

Selain itu, katanya, peruntukan juga disediakan untuk memperluaskan kemudahan di Pusat Rawatan dan Pemulihan di Kampung Selamat, SPU.

Menurutnya, peranca-ngan rapi untuk membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah di SPU itu, berikutan hasil kajian yang mendapati daerah itu me-ngalami masalah penagihan dadah paling serius di negara ini.

"Tumpuan diberi terhadap golongan muda kerana sehingga sekarang pengaruh kawan masih menduduki tangga teratas senarai de-ngan 43.2 peratus sebagai punca utama mendorong individu menagih dadah," katanya ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat tindakan susulan projek daerah Seberang Prai Utara (SPU) dan taklimat banjir di Pejabat Daerah SPU, di sini,

Abdullah berkata, perangkaan yang dikeluarkan ADK menunjukkan sebanyak 1,020 dikesan terbabit dalam penagihan dadah dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Selain itu, katanya, lebih mendukacitakan 66 peratus penagih dadah dikesan di kalangan masyarakat Melayu.

Menurutnya, hanya 4.8 peratus penganggur menagih dadah, berbanding golongan yang memilik kerjaya seperti buruh binaan sebanyak 21 peratus, buruh am (16 peratus), pekerja kilang (11.6 peratus) dan pekerja sektor pengangkutan sebanyak 8.5 peratus.


Last changed: August 22, 1999