[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Jangan Perlecehkan Rakyat

Date: 22 Aug 1999
Time: 10:46:04
Remote User: -

Comments

Ulasan

Pembatalan isu ini adalah hasil tekanan rakyat dan parti alternatif. Ini satu kejayaan. Jangan ingat kedurjanaan kerajaan BN hanya isu ini sahaja. Banyak lagi isu yang ada. Orang-orang melaka memang handal buat cerita. Yang kacau cermah-ceramah kamu itu adalah kumpulan-kumpulan yang diupah dan memakai lencana dan pengenalan parti-parti alternatif. Ini bukan budaya rakyat biasa dan parti-parti alternatif.

============================================================================================================================== PEMBATALAN CADANGAN PENGKORPORATAN HOSPITAL MUKTAMAD

MELAKA, 22 Ogos (Bernama) -- Keputusan kerajaan membatalkan cadangan pengkorporatan perkhidmatan penjagaan kesihatan di hospital dan kliniknya adalah muktamad dan ia tidak akan dikaji semula, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Wira Mohd Ali Rustam hari ini.

Beliau berkata kajian semula mengenai perkara itu tidak akan dibuat selepas pilihan raya umum akan datang kerana keputusan yang telah dibuat adalah muktamad.

"Hanya parti pembangkang sahaja yang mengatakan bahawa kerajaan akan mengkaji semula cadangan itu selepas pilihan raya," katanya kepada pemberita di sini.

Pembatalan itu dibuat setelah kajian selama 14 tahun, katanya semasa mengulas mengenai tohmahan parti pembangkang dalam ceramah mereka bahawa keputusan itu merupakan taktik pilihan raya dan ia akan diteruskan jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat baru.

Mohd Ali berkata, kerajaan telah menjalankan kajian yang lama mengenai cadangan itu dan keputusan membatalkannya tidak ada kena mengena dengan bangkangan daripada parti pembangkang.

Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng ketika mengumumkan keputusan itu pada 13 Ogos lalu berkata ia dibuat selepas kerajaan mendapati tahap perkhidmatan kesihatan yang disediakan sudah cukup baik dan diktiraf Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Bank Dunia.

Mohd Ali berkata walaupun kos yang ditanggung kerajaan terus meningkat terutama selepas penswastaan beberapa perkhidmatan hospital, kerajaan tetap sanggup menampungnya.

"Kerajaan sanggup menampung kos yang tinggi bagi memastikan tahap perkhidmatan yang diberikan bermutu dan selesa kepada rakyat," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd Ali, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka, berkata Umno negeri akan membuat laporan polis mengenai gangguan oleh kumpulan tertentu semasa ceramah-ceramah parti itu.

Katanya, beberapa laporan diterima mengenai ceramah oleh beberapa pemimpin Umno di sini diganggu oleh kumpulan yang menyorak dan mengeluarkan kata-kata kesat. -- BERNAMA


Last changed: August 22, 1999