[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Perasuah Mahu Nasihat Orang

Date: 22 Aug 1999
Time: 10:52:12
Remote User: -

Comments

Ulasan

Siapa mahu dengar cakap dia? Dia perasuah. Dia pengkhianat. Kita juga tidak suka mendengar budak-budak sekolah diracuni pemikirannya tapi mengapa media-media kroni sebarkan perkara-perkara lucah di media masing-masing?

Nampaknya Rafidah juga turut turun ke padang untuk berkempen pilihan UMNO tahun depan. Dia masih lagi mengadu-domba wanita-wanita UMNO.

======================================================================================================================================================== RAFIDAH BIDAS GURU SEBAR POLITIK DI SEKOLAH RENDAH

ALOR SETAR, 22 Ogos (Bernama) -- Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Rafidah Aziz menyelar perbuatan segelintir guru menyebarkan akyah politik parti pembangkang di sekolah-sekolah rendah.

"Sekolah bukanlah medan untuk berpolitik kerana guru seharusnya menyebarkan ilmu pengetahuan kepada murid-murid," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dengan wanita Barisan Nasional (BN) di sini hari ini.

Rafidah yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno berkata perkara itu dibangkitkan oleh seorang wakil wanita BN pada sessi dialog di perjumpaan terbabit yang menceritakan mengenai kegiatan berkenaan oleh seorang guru yang dikenal pasti penyokong parti pembangkang.

Rafidah berkata beliau akan mengemukakan perkara itu kepada Menteri Pendidikan Datuk Seri Najib Razak untuk tindakan selanjutnya.

"Saya percaya perkara ini turut berlaku di negeri-negeri lain...Ia sepatutnya menjadi kebimbangan seluruh masyarakat dan bukannya kerajaan semata-mata," katanya.

Beliau berkata ini adalah situasi terbaru yang diguna pakai oleh parti pembangkang setelah gagal memanipulasikan isu dalaman Umno.

Rafidah berkata perkara itu perlu diberi perhatian wajar untuk mengelak pemikiran murid-murid terpesong daripada soal pelajaran. -- BERNAMA


Last changed: August 22, 1999