[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Apa Salahnya? Mereka Juga Rakyat Malaysia.

Date: 22 Aug 1999
Time: 10:57:21
Remote User: -

Comments

Ulasan

Apa salahnya rakyat menyambut hari kemerdekaan? Kita lihat cara kerajaan raikan perayaan ini banyak membazir tapi tidak ada isi. Tak salah PAS nak buat majlis sebab kita semua sayangkan Malaysia.

Oleh itu janganlah pandang negatif akan majlis sambutan PAS ini.

Yang baru dan baik, kita alu-alukan.

======================================================================================================================================================== SAMBUTAN MERDEKA ANJURAN PAS BOLEH CETUS PERPECAHAN

ALOR SETAR, 22 Ogos (Bernama) -- Rancangan PAS Kedah menganjurkan acara sambutan Hari Kebangsaan secara besar-besaran di negeri itu disifatkan semata-mata untuk menggagalkan acara sambutan rasmi anjuran kerajaan negeri.

Timbalan Pengerusi Jawantankuasa Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri, Datuk Abdullah Hasnan Kamaruddin berkata PAS bukannya mahu meraikan hari tersebut tetapi cuma untuk memecah belah masyarakat dan agar mereka tidak menghadiri acara sambutan rasmi seperti yang diadakan setiap tahun.

"Saya cukup hairan jika PAS turut adakan acara sambutan kemerdekaan," katanya. PAS pada tahun ini akan menganjurkan acara sambutan merdeka peringkat negeri di Kompleks PAS Kedah di Jalan Alor Setar-Sungai Petani di sini.

Sambutan juga diadakan di setiap kawasan Parlimen di Kedah mulai 31 Ogos ini. Mengensai sambutan rasmi anjuran kerajaan negeri, Abdullah Hasnan berkata 124 kontinjen akan mengambil bahagian dalam perarakan raksasa di Stadium Darulaman melibatkan 4,418 orang peserta.

"Sambutan kali ini akan disambut meriah kerana ini merupakan kali terakhir kita menyambut kemerdekaan pada abad ini," katanya. -- BERNAMA


Last changed: August 22, 1999