[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Semua Negeri Begitu

Date: 22 Aug 1999
Time: 11:01:05
Remote User: -

Comments

Ulasan

Jangan katakan hanya Kelantan sahaja yang ada masalah ini. Masalah yang sama malah yang lebih kronik juga wujud di negeri-negeri lain. Bukan maksud kita menggalakkan perkara ini tapi kajian menyeluruh dengan membuat perbandingan relatif wajar dilakukan supaya lebih adil laporannya.

======================================================================================================================================================== REMAJA MELAYU DI KELANTAN SUKA MELEPAK

KOTA BAHARU, 22 Ogos (Bernama) -- Kajian Jabatan Belia dan Sukan Kelantan baru-baru ini mendapati ramai remaja Melayu suka menghabiskan masa dengan kegiatan lepak tanpa.

Pengarah jabatan itu, Saari Salleh, berkata hasil kajian itu juga mendapati remaja yang terbabit dalam kegiatan tidak sihat itu adalah pelajar sekolah dan penganggur yang berusia antara 14 dan 25 tahun.

"Remaja ini sebenarnya tidak punya arah dan suka menghabiskan masa di pasar raya dan tempat awam yang lain," katanya di sini, hari ini.

Saari berkata pihaknya kini sedang merangka beberapa program yang boleh menarik minat remaja bermasalah itu kepada aktiviti lasak seperti mendakigunung, ekspedisi bermotosikal dan merentas hutan.

Jabatan itu sebelum ini menghadapi masalah mendapatkan tenaga pakar atau pemimpin pelapis yang boleh mendorong mereka menyertai beberapa Program Rakan Muda.

"Kekurangan inilah menyebabkan beberapa program itu tidak mencapai matlamat," katanya. -- BERNAMA


Last changed: August 22, 1999