[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Alignment Awang Lari Hari Ini

Date: 23 Aug 1999
Time: 01:37:41
Remote User: -

Comments

Tiada apa yang melampau dengan PAS menganjurkan majlis sambutan kemerdekaan. Kalau UMNO nak buat pun tak mengapa.

Kita nak beritahu Awang bahawa Si Kepala Taik akan gunakan majlis ini untuk kempen bagi dirinya dan BN. Apakah Awang ingat rakyat masih buta dan pekak?

Ini realitinya. BN masih menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen.

Kita akan ulas lagi selepas majlis sambutan tersebut.

============================================================================================================================== BISIK-BISIK

RANCANGAN Pas Kedah untuk mengadakan sambutan Hari Kebangsaan secara berasingan adalah keterlaluan dan amat dikesali.

Atas nama politik, orang ramai boleh menerima jika Pas enggan bekerjasama dengan kerajaan dalam banyak hal, tetapi ada batasnya.

Sambutan Hari Kebangsaan adalah salah satu peristiwa penting negara yang bertujuan murni untuk membina kesatuan rakyat dan kekuatan bangsa. Janganlah ia dipolitikkan sehingga bercanggah dengan tujuan murni perayaan itu sendiri.

Tema perayaan tahun ini ialah Bersatu Ke Alaf Baru. Apa yang Pas Kedah mahu lakukan, jelas bertentangan dengan maksud tema itu. Ini sudah melampau.

Awang - Pengibar Jalur Gemilang


Last changed: August 23, 1999