[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

PAS: Dr M ke China muslihat pilihanraya

Date: 23 Aug 1999
Time: 01:50:58
Remote User: -

Comments

PAS: Dr M ke China muslihat pilihanraya

GUA MUSANG -- Presiden Parti Islam (PAS), Datuk Fadzil Noor, tetap menyifatkan lawatan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, ke China sebagai muslihat pilihanraya, untuk meraih sokongan masyarakat Cina di Malaysia.

"Kalau tidak ada kaitan dengan pilihanraya, kenapa Dr Mahathir tidak pergi melawat China enam bulan yang lalu," kata beliau ketika berucap dalam majlis ceramah di Felda Ciku 3, di sini kelmarin.

Dr Mahathir kelmarin menolak tanggapan lawatannya ke China mempunyai kaitan dengan pilihanraya, sebaliknya untuk menyambut ulang tahun ke-25 hubungan diplomatik yang terjalin erat antara Malaysia dan China. -- Bernama.


Last changed: August 23, 1999