[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Wanita UMNO : LUKA BELUM SEMBUH

Date: 23 Aug 1999
Time: 02:34:23
Remote User: -

Comments

Wanita UMNO : LUKA BELUM SEMBUH

Perjalanan saya dari Kuala Terengganu dan bermalam di Kuantan, sempatlah berjumpa beberapa rakan lama di sana. Saya dimaklumkan bahawa pada 24 Ogos ini satu arahan dikeluarkan kepada Ketua/Pegawai Jabatan dan sewaktunya ,selain ahli-ahli UMNO , untuk menyambut kepulangan@ketibaan Maharaja Mahafiraun di Lapangan Terbang Kuantan sempena merasmikan Hari Wanita Kebangsaan di Kuantan.

Sambutan seperti ini merupakan tamparan hebat kepada Siti Zaharah. Kerana ia dibawah anjuran kementerian Zaleha Ismail dan HAWA Negeri. Pengerusi HAWA Negeri Pahang ialah YB Puan Maznah Mazlan-ADUN Muadzam Shah ,Rompin, dan beliau ialah adik ipar kepada Dato' Fauzi Rahman (JPM).

Kisah Maznah mengalahkan Siti Zaharah dalam pertandingan jawatan Ketua Wanita Pahang semasa Rafidah memegang jawatan menjadi titik permulaan persengketaan antara Siti Zahrah dan Rafidah secara terang-terang. Mengikut yang ampunya cerita, Maznah orang kuat Rafidah. Sebab itulah, apabila jawatan Maznah ditentang untuk Ketua Wanita Rompin, Siti Zaharah telah berusaha membantu calonnya bagi memastikan Maznah kalah. Dengan kemenangan hanya satu undi calon Siti Zaharah, iaitu Melati Ali, maka ranaplah impian Maznah! Yang peliknya, Melati bukanlah calon terbaik sebenarnya kerana beliau bukanlah seorang yang mempunyai kelulusan akademik (darjah enam sahaja), tapi memegang jawatan Penyelia Kemas berdasarkan sumbangan beliau dalam UMNO. Namun, menjadi pengikut Siti Zaharah, beliau diberi jawatan penting sebagai Timb Ketua Wanita Pahang, biarpun masih ramai yang jauh lebih berwibawa daripada Melati. Kerana itu, di Pahang sendiri, ramai wanita yang tidak begitu tertarik dengan cara Siti Zaharah mentadbir wanita UMNO.

Berbalik kepada majlis Hari Wanita ini, digunakan sepenuhnya oleh Zaleha/Maznah untuk menarik perhatian Mahafiraun. Jumlah kehadiran menjadi penentu. Sebab itulah, pertubuhan/persatuan wanita dikerah hadir. Bas-bas disediakan kepada HAWA Daerah. Mungkin kerana marah dan dendam, "silent instruction" - jangan hantar wanita UMNO!!

Sebab itu, apabila saya lihat gambar kununnya wanita dah berbaik-baik semula tu digembar-gemburkan, saya kata, pooorah!!! Kepala hotak orang-orang UMNO bolehlah kau tipu, but not us!!

Diharap ada rakan-rakan dari Kuantan melaporkan peristiwa sambutan Mahafiraun di lapangan terbang nanti.

salam perjuangan dari saya. terus berjuang menentang yang zalim.


Last changed: August 23, 1999