[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

OMAR KHALID sakit??

Date: 23 Aug 1999
Time: 03:04:29
Remote User: -

Comments

OMAR KHALID sakit??

Dalam satu artikel lepas, ada diceritakan siapa Omar Khalid - iaitu seorang ahli PAS yang masuk UMNO dan sekarang menjadi penceramah UMNO ke seluruh negara. Beliau menulis buku Parti Islam: Antara Realiti dan Fantasi. Siapa yang belum baca, tak payahlah baca. Sebab kalau belum kenap siapa dia sebenarnya, takut terpengaruh dengan dakwaan beliau yang menghina Nik Aziz secara terang-terang. Tapi nampaknya Nik Aziz tidak react terhadap tuduhan tersebut. Tetapi sekarang, buku itu telah dicitak semula dengan wajah baru oleh Biro Penerangan UMNO Malaysia. Biasalah, sesuatu yang menguntungkan mereka, mereka sanggup berbelanjan besar.

Dengan khabar, baru-baru ini Omar Khalid tidak boleh berceramah sebab sakit buah pinggang. Wallahuallam. Atau sudah tidak dibenarkan oleh Penerangan UMNO setelah artikel tersebut mendedahkan apa yang diucapkan oleh Omar Khalid dalam satu majlis penerangan UMNO? Antaranya Omar Khalid mengatakan:

1/ UMNO tidak menyediakan pendidikan/saham untuk akhirat kepada ahli-ahlinya.

2/ Siti Hasmah sudah ganyut dan tidak ada lelaki yang minat padanya lagi (maksudnya, Siti Hasmah tak pakai tudungpun takpalah...sebab dah tua. Itulah pegangan Islam Omar Khalid)

3/ Mahathir perlu dinasihati apabila membuat kezaliman pada Anwar

Oleh kerana ucapan itu didengar oleh lebih sepuloh pasang telinga, termasuk telinga saya, maka Omar Khalid tidak boleh menidakkannya.

Cuma nasihat saya pada Omar Khalid, janganlah libatkan diri dengan mereka yang suka buat fitnah, mereka yang zalim dan mereka yang mencaci ulamak.

wallahuallam.


Last changed: August 23, 1999