[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Najib Tak Faham Makna Sekular

Date: 23 Aug 1999
Time: 03:14:53
Remote User: -

Comments

Ulasan

Apa yang jelas Si Najib tidak faham apa itu sekular. Dia juga cuba membohongi rakyat kononnya pengambilalihan ini adalah untuk meningkatkan kualiti pendidikan sedangkan tindakan ini lebih kepada faktor politik.

Kalau kamu main politik, jangan marah orang lain main politik. Sebagai contoh tindakan guru-guru jumpa beliau dan belakangkan MB. Ini satu perkara yang sepatutnya tidak berlaku.

Mesti ikut prosedur. ==============================================================================================================================

NAJIB NAFI SEKULARKAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) -- Langkah kerajaan mengambil alih sekolah agama rakyat di negara ini adalah untuk memastikan ia mencapai tahap pendidikan yang lebih tinggi dan bukan bertujuan mensekularkan sekolah itu.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata dakwaan bahawa kerajaan mahu mensekularkan sekolah-sekolah itu adalah tidak berasas dan tidak boleh diterima.

Beliau mengulas dakwaan bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Datuk Dr Harun Din dalam akhbar Harakah bahawa usaha kerajaan itu adalah untuk melenyapkan sebaran Islam dan mensekularkan sekolah agama rakyat.

"Saya menolak sekeras-kerasnya dakwaan ini dan saya anggap dakwaan ini bertujuan mengelirukan rakyat dan mempolitikkan tujuan yang sebenarnya begitu murni oleh kerajaan dalam membantu sekolah agama rakyat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan pertandingan melukis poster sempena Hari Kebangsaan di Sekolah Menengah Bangsar, di sini.

"Kita tahu di sekolah-sekolah agama rakyat ini, pencapaian akademiknya kurang, prasarananya pula amat daif. Daripada aspek kemudahan, peralatan serta kualiti sekolah agama ini berada di tahap yang rendah dan perlu kepada satu usaha membaikpulih agar mampu sampai ke tahap yang lebih baik," kata beliau.

Najib berkata jika kerajaan terus membiarkan sekolah-sekolah itu berterusan dalam keadaan yang serba daif, ribuan umat Islam di negara ini tidak akan mendapat pendidikan yang sempurna.

"Ini akan menjejaskan masa depan mereka (pelajar) dan usaha kita selama ini untuk membangunkan umat Islam di negara ini akan jadi sia-sia," katanya.

Beliau berkata Kementerian Pendidikan telah mencadangkan dua model bagi tujuan pengambilalihan itu dan kerajaan negeri boleh memilih mana-mana satu model yang dicadangkan untuk dilaksanakan.

"Model pertama ialah kerajaan akan mengambil alih sekolah itu sepenuhnya. Model kedua ialah kerajaan akan memberi bantuan modal kepada sekolah-sekolah agama berupa peralatan dan guru tetapi pentadbiran sekolah dilakukan berasingan," kata beliau.

Ketika ditanya mengenai pilihan yang mungkin dibuat oleh kerajaan negeri Kelantan, Najib berkata ia masih lagi memikirkan cara yang paling baik. -- BERNAMA


Last changed: August 23, 1999