[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

SEMANGAT JUANG MEREKA HARUS DICONTOHI.

Date: 23 Aug 1999
Time: 03:19:01
Remote User: -

Comments

SEMANGAT JUANG MEREKA HARUS DICONTOHI

Ipoh: 18 Ogos, 1999

Kebetulan saya berada di Ipoh. Di restoran di Hotel Casuarina Parkroyal, Ipoh saya bertemu dengan beberapa orang UMNO yang saya tidak kenali. Lepas satu isu ke satu isu dibualkan. Saya tidak banyak mengambil bahagian, sehinggalah saya mendengar mereka menceritakan bahawa masyarakat di Seberang Perak (saya tidak tahu di mana sebenarnya), tapi katanya, termasuk di kawasan Kg Gajah tempat MB Perak, orang ramai sudah muak dengan UMNO.

Baru-baru ini, kata mereka, masyarakat di sana bergotong royong membersihkan kawasan hutan semata-mata untuk mengadakan ceramah KeADILan/PAS. Walaupun kawasan tersebut jauh dari kawasan tempat tinggal dan gelap, mereka masih mampu hadir untuk mendengar ceramah daripada pendokong keadilan. Sehingga semasa ceramah diadakan, hujan turun lebat dan air naik sehingga ke paras lutut, namun seorangpun antara ratusan yang hadir, tidak berganjak!

Lihatlah, mereka tidak mendapat hak di tanah air mereka sendiri. Apalah susahnya mengikut teladan Kelantan yang mengizinkan stadium mini di Pasir Mas digunakan untuk UMNO berceramah?

Kata orang-orang UMNO ini, bila Majlis-majlis Daerah mendapat arahan daripada ahli DUN/Parlimen supaya tidak membenarkan barisan parti alternatif menggunakan kemudahan yang ada, masyarakat/rakyat menjadi semakin marah dan menyampah kepada UMNO.

Lagi kata mereka, sebagai orang UMNO, mereka tetap cintakan tanahair, tapi mereka sendiri tidak akan beri undi pada calon BN. (Cayalah!!).

- saya menjadi sebak - semangat saya melonjak kerana kini saya yakin, lebih banyak tekanan dan kezaliman kerajaan lakukan kepada rakyat, lagi tinggi semangat juang mereka! Alhamdulillah. Kepada sesiapa di Seberang Perak yang membaca artikel ini, sampaikan salam perjuangan dari saya. Semangat itu harus dimiliki oleh semua pejuang keadilan! Jangan takut dengan gertakan mereka. Orang-orang UMNO yang tidak mampu keluar dari UMNO, tak apalah...kalau dah sanggup bersubahat, terima sajalah sahamnya di akhirat nanti. Tetapi, untuk tidak menjadi lebih zalim dan menyokong kezaliman Mahafiraun, jangan beri undi pada BN!

sekian- wassalam. pendokong keadilan. KL KL


Last changed: August 23, 1999