[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Apa Nih?

Date: 23 Aug 1999
Time: 05:08:37
Remote User: -

Comments

Ulasan

Apa nih? Dah tak ada modal lainkah? Minda sudah kusutkah? Apa sekarang ini tidak ada perpaduankah? Agaknya dia nampak dalam UMNO dan BN sudah tidak wujud lagi perpaduan.

Rakyat okay, mereka yang tak okay sebab akan hilang kuasa. Itu aje!

============================================================================================================================== KEKALKAN SEMANGAT PERPADUAN, KATA NAJIB

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) -- Menteri Pendidikan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyeru belia Malaysia untuk mengekalkan semangat perpaduan dan nilai-nilai murni Malaysia walaupun berlaku perubahan kepada budaya global.

Beliau membuat seruan itu semasa melancarkan peraduan melukis poster Hari Kebangsaan yang dianjurkan bersama oleh Institut Teknologi Kreatif Limkokwing (LICT), Dewan Bandaraya dan kementeriannya.

Belia memainkan peranan penting dalam mencapai aspirasi negara dan untuk mengambil alih peranan membina negara daripada genarasi sekarang, katanya.

Beliau berkata Hari Kebangsaan tidak hanya untuk mengenang peristiwa 31 Ogos 1957 tetapi lebih penting membuatkan generasi muda menghargai kemerdekaan.

"Hanya dengan cara itu mereka dapat menfaat sepenuhnya daripada kemerdekaan," katanya.

Pengerusi majlis pentadbir LICT Tan Sri Dr Awang Had Salleh berkata pertandingan itu bertujuan untuk:

* menyemaikan perasaan bangga terhadap negara

* melatih belia dalam penggunaan multimedia dan

* menghasilkan pemikir kreatif bagi alaf yang akan datang.

Kreativiti adalah matlamat utama peraduan itu, dan pemenang akan menerima biasiswa dan hadiah yang kesemuanya bernilai RM88,000.

Pertandingan itu adalah sebahagian daripada perayaan Hari Kebangsaan dan akan diadakan di lobi utama Dewan Bandaraya di sini pada hari Ahad.

Pertandingan itu terbuka untuk pelajar tingkatan satu hingga tingkatan enam di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. -- BERNAMA


Last changed: August 23, 1999