[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Rasakan...

Date: 23 Aug 1999
Time: 05:13:09
Remote User: -

Comments

Ulasan

Sekarang biar dia rasa kalau dia sendiri kena aduan polis. Dia sendiri tak ikut peraturan.

Pada rakyat kalau UMNO boleh buat ini di Kelantan, mengapa PAS tidak boleh buat di Kedah? Tolong jawab...

Bukankah kedua-dua ini macam serupa aje?

============================================================================================================================== KETUA PEMUDA PAS BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP IBRAHIM ALI

KOTA BAHARU, 23 Ogos (Bernama) -- Ketua Pemuda Pas Kelantan Takiyuddin Hassan hari ini membuat laporan polis di ibu pejabat polis Kota Baharu terhadap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ibrahim Ali.

Takiyuddin berkata laporan itu berkaitan ucapan Ibrahim di Stadium Mini Pasir Mas pada 14 Ogos apabila beliau dikatakan cuba menghasut orang ramai supaya menyertai perhimpunan besar-besaran anjuran Umno yang akan diadakan di sini pada 31 Ogos.

Takiyuddin berkata perhimpunan itu disifatkan dilakukan secara haram kerana sehingga ini ia tidak mendapat kelulusan polis.

Yang turut hadir bersama Takiyuddin ialah Bendahari Pemuda Pas Kelantan Abdullah Ya'kub, Ketua Penerangan Pemuda Pas Negeri Zaki Ibrahim dan beberapa anggota dan penyokong Pas.

Minggu lepas Ibrahim, selaku pengerusi perhimpunan rakyat sempena Hari Kebangsaan anjuran Umno Kelantan, memberitahu persidangan media bahawa perhimpunan itu akan turut dihadiri oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Tengku Razaleigh Hamzah.

Ketika ditemui hari ini bagi mengulas laporan polis itu, Ibrahim berkata permohonan permit telah dibuat kira-kira dua minggu lepas dan pihaknya sedang menunggu kelulusannya.

Katanya tidak wajar bagi Pas menjadikan perhimpunan itu sebagai satu isu kerana sebelum ini Umno tidak pernah mempertikaikan tindakan Pas mengadakan perhimpunan besar di Kelantan. -- BERNAMA


Last changed: August 23, 1999