[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Baru Nak Buat?

Date: 23 Aug 1999
Time: 07:50:24
Remote User: -

Comments

Ulasan

Sudahlah. Baru sekarang nak buat bagunan mahkamah itu. Apa guna ada bangunan baru dan canggih sekiranya sistem kehakiman tak bagus. Tak telus. Tak adil.

Sebab itulah Ketua Hakim Negara dan Mohtar beria-ia sangat sokong Si Kepala Taik.

Rahsia mereka telah terbuka.

==============================================================================================================================

BANGUNAN MAHKAMAH TERMODEN DIBINA DI PUTRAJAYA

KOTA BAHARU, 23 Ogos (Bernama) -- Kerajaan akan membina sebuah bangunan mahkamah setempat yang memusatkan mahkamah sivil dan mahkamah syariah di Putrajaya, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ibrahim Ali hari ini.

Katanya bangunan itu apabila siap akan dikenali sebagai "palace of justice" yang menempatkan Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Syariah.

"Ketua Setiausaha Negara dan Putrajaya Holding sedang mengenal pasti tapak bagi tujuan pembinaan bangunan yang serba moden itu," katanya kepada pemberita di sini.

Ibrahim berkata bangunan itu yang akan memaparkan keagungan sistem perundangan negara ini juga akan mempunyai reka bentuk bercirikan Islam seperti pejabat-pejabat kerajaan dan masjid Putrajaya.

Menurutnya kos pembinaan bangunan mahkamah itu masih pada peringkat penilaian, dan bangunan itu apabila siap kelak akan membantu melengkapkan kompleks kerajaan yang sedia ada di bandar moden itu.

Terdahulu, Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Hal Ehwal Undang-undang, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan Jabatan Perdana Menteri di Jabatan Pembangunan Persekutuan, di sini.

Ibrahim berkata mesyuarat itu dimaklumkan bahawa sejak peraturan baru pelepasan kebankrapan dilaksanakan tahun ini seramai 149 kes membabitkan mereka yang bankrap telah menerima sijil pelepasan daripada pegawai pemegang harta negeri.

Katanya pegawai pemegang amanah juga sedang meneliti 645 kes lagi di seluruh negara dan dijangka sebanyak 1,000 kes bankrap dapat diselesaikan tahun ini, dan mencapai sehingga 6,000 kes tahun depan.

Mengenai Amanah Raya Berhad (ARB), sebuah badan korporat milik penuh kerajaan yang terlibat dalam pengurusan harta pusaka, Ibrahim berkata bagi tempoh Januari hingga 31 Julai lepas ia telah mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM7.5 juta berbanding tempoh yang sama tahun lepas sebanyak RM3.5 juta.

"Hasil keuntungan itu ARB akan membayar dividen sebanyak 8.75 peratus bagi tahun ini," katanya.

ARB diperbadankan pada 1995 mengikut Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 diletakkan di bawah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri. -- BERNAMA


Last changed: August 23, 1999