[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

MCA Ada Agenda Tersembunyi

Date: 23 Aug 1999
Time: 07:54:51
Remote User: -

Comments

Ulasan

Sekiranya MCA buat perkara ini. Ia tidak lebih daripada mencetuskan keraguan mengenai integrasi kaum di negara ini. Apakah MCA punyai agenda tersembunyi?

Ini kita kena tanya UMNO. Dia tak tahu jaga hal-hal ini semua. ============================================================================================================================== MCA BINA PUSAT LATIHAN KHAS UNTUK ANGGOTANYA DI SEGAMAT

MUAR, 23 Ogos (Bernama) -- Presiden MCA Datuk Seri Dr Ling Liong Sik berkata, sebuah pusat latihan khas untuk anggota parti itu akan didirikan bersebelahan Kolej Tunku Abdul Rahman cawangan Johor di Segamat tahun depan.

Pusat itu akan melatih golongan pemimpin muda dan veteran parti bagi mempertingkatkan lagi semangat disiplin dan ketahanan diri demi kestabilan parti, kerajaan dan negara.

"Kita menggunakan kaedah baru untuk melatih bukan sahaja kepada generasi muda MCA malahan golongan veteran demi perjuangan MCA pada masa akan datang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat perhubungan MCA Johor di Tangkak, dekat sini, hari ini.

Dr Ling yang juga Pengerusi MCA Johor berkata, parti itu telah memperolehi tanah seluas dua hektar dan kerja-kerja pembinaan pusat itu dijangka dimulakan sebaik sahaja reka bentuk serta proses tender bangunan selesai awal tahun depan.

Mengenai penyerapan pemimpin muda dalam barisan kepimpinan MCA, beliau mengulangi keputusan parti untuk memberi peluang kepada mereka yang telah diberi pendedahan secukupnya menjadi pemimpin pelapis.

MCA akan terus memberi peluang kepada golongan muda secara berperingkat-peringkat supaya mereka menjadi pemimpin yang cukup matang untuk menerajui kepimpinan parti, kata Dr Ling, yang juga Menteri Pengangkutan.

Ketika ditanya mengenai calon daripada MCA yang akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang, beliau berkata 90 peratus daripada wakil rakyat yang ada dijangka dikekalkan.

"Sepuluh peratus lagi dijangka akan diisi oleh golongan muda," katanya.

Dr Ling juga mengumumkan beliau akan terus menerajui MCA Johor manakala Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Ong Ka Ting dilantik sebagai timbalan pengerusi perhubungan menggantikan anggota Exco Kerajaan Negeri Johor, Datuk Jimmy Low.

Low dilantik sebagai naib pengerusi bersama-sama tiga orang lagi iaitu anggota Exco Kerajaan Negeri Dr Chua Soi Lek, anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Tangkak, Yap Chik Dong dan Ng See Tiong. Datuk Lim Si Cheng kekal sebagai setiausaha. -- BERNAMA


Last changed: August 23, 1999