[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Kalau Yakin, Kamu Tanding Di Kelantan

Date: 23 Aug 1999
Time: 08:16:59
Remote User: -

Comments

Ulasan

Kalau benar Dr Ling kata BN boleh menang, kita cabar dia lawan di Kelantan. Barulah dia tahu bahangnya. Agaknya dia pergi salah kawasan kut.

Rakyat kata Dr Ling bermimpi di siang hari.

============================================================================================================================== SAYA YAKIN BN DAPAT TAWAN KELANTAN, KATA DR LING

MUAR, 23 Ogos (Bernama) -- Presiden MCA Datuk Seri Dr Ling Liong Sik berkata beliau yakin Barisan Nasional (BN) akan dapat menawan Kelantan daripada tangan PAS pada pilihan raya umum akan datang.

Dr Ling berkata keyakinannya itu berdasarkan pertemuannya baru-baru ini dengan pelbagai lapisan masyarakat di Kelantan yang rata-rata mahukan perubahan pada tampuk pemerintahan kerajaan negeri.

"Rakyat Kelantan benar-benar dahagakan pembangunan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat perhubungan MCA Johor di Tangkak, dekat sini, hari ini.

Katanya, kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk memberi keutamaan kepada wanita kurang cantik bagi berkhidmat dengan kerajaan negeri juga menunjukkan kerajaan negeri pimpinan PAS mengamalkan diskriminasi terhadap wanita.

Kecantikan adalah anugerah Tuhan dan ia tidak harus dijadikan alasan untuk membeza-bezakan antara wanita sesama wanita dalam memberi peluang pekerjaan, kata Dr Ling yang juga Menteri Pengangkutan.

-- BERNAMA


Last changed: August 23, 1999