[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Rakyat Pandang Serius Tindakan UMNO Peralatkan Sekolah

Date: 23 Aug 1999
Time: 08:23:53
Remote User: -

Comments

Ulasan

Apalah yang hendak diheboh-hebohkan sangat kerana secara terang-terang UMNO sendiri buat lebih teruk daripada itu. Pertama UMNO gunakan kemudahan sekolah untuk jalankan aktiviti politik. Kedua, UMNO anjurkan kursus BTN untuk guru-guru sokong UMNO. Ketiga mana-mana guru yang ingkar nak dihantar ke pulau.

Rakyat pandang serius tindakan UMNO memperalatkan sekolah.

======================================================================================================================================================== PEMUDA UMNO PANDANG SERIUS TINDAKAN GURU SEBAR DAKYAH POLITIK

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) -- Pergerakan Pemuda Umno memandang serius kegiatan segelintir guru sekolah yang didakwa menyebarkan dakyah berbau politik kepada pelajar dan menganggapnya sebagai tindakan yang tidak bertanggungjawab.

"Lebih baik mereka (guru-guru sekolah) ini meletakkan jawatan sahaja dan turun ke gelanggang dan berdepan secara ahli politik," kata pemangku ketuanya Datuk Hishammuddin Tun Hussein kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau menggesa guru-guru sekolah supaya tidak memperalatkan pelajar sekolah untuk mencapai agenda politik masing-masing.

"Hendak berpolitik ada had dan batasannya dan jangan mengalih pemikiran anak-anak kita kepada isu-isu berat seperti itu," katanya.

Tidak seperti pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi yang sudah matang dan tahu menilai serta menapis maklumat, pelajar-pelajar sekolah masih mentah dan tidak sepatutnya dibebankan dengan agenda politik, katanya.

Beliau berkata tindakan keras harus diambil terhadap guru-guru terbabit.

Hishammuddin juga berkata Pemuda Umno akan membincangkan bentuk bantuan yang akan dihulurkan Pemuda kepada mangsa gempa bumi di Turki pada mesyuarat exconya yang akan datang.

Buat masa ini Pemuda masih giat memberi bantuan kepada mangsa peperangan di Kosovo dan masih membincangkan mengenai lawatan susulan ke wilayah Balkan itu.

-- BERNAMA


Last changed: August 23, 1999