[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Pilihan raya dijangka September

Date: 23 Aug 1999
Time: 08:44:08
Remote User: -

Comments

Pilihan raya dijangka September

Seorang pembaca Harakah menunjukkan slip pendaftaran pemilih yang dihantar oleh Barisan Nasional untuk kemudahan pengundinya mengetahui pusat pengundian mereka. KUALA LUMPUR: Pilihan raya umum negara yang ke-10 dijangka akan diadakan awal September depan berdasarkan beberapa keadaan dalam negara dan juga pergerakan jentera pilihan raya Umno kebelakangan ini, kata sumber-sumber Harakah.

Menurut sumber-sumber itu, jentera pilihan raya Umno di negeri-negeri telah bersiap sedia dengan semua keperluan termasuk poster dan sebagainya menunggu masa untuk diedarkan apabila pilihan raya diisytiharkan.

Umno juga telah mula mengedar slip pendaftaran pemilih yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN) untuk kemudahan pengundinya dalam pilihan raya nanti, kata sumber-sumber itu lagi.

Slip yang mengandungi lambang BN itu mengandungi butiran pengundi iaitu nama, nombor kad pengenalan, bilangan daftar, alamat, parlimen, Dewan Undangan Negeri, daerah me-ngundi, tempat dan saluran mengundi.

Slip itu juga dicetak Undilah BN demi kestabilan politik, ekonomi dan negara yang mungkin menjadi tema BN untuk pilihan raya umum yang akan datang ini, kata sumber-sumber itu lagi.

Selain itu, dikatakan juga bahawa ada dana asing yang bersedia untuk digunakan dalam tempoh berdekatan pilihan raya untuk memastikan Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) tidak menjunam, tambah sumber-sumber itu lagi.

Untuk itu, kata mereka, jentera pilihan raya parti-parti alternatif perlu menyiapkan diri dengan lebih cepat jika parlimen benar-benar dibubarkan awal September depan.


Last changed: August 23, 1999