[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

KINI (23.8.99)

Date: 23 Aug 1999
Time: 20:00:25
Remote User: -

Comments

KINI demi keadilan, kemajuan, perpaduan Isu No. 16 – 23 Ogos 1999 Parti Alternatif Tidak Ketandusan Pemimpin Parti-parti alternatif tidak ketandusan pemimpin seperti yang didakwa oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh parti-parti alternatif itu adalah kerana Anwar telah dizalimi. Anwar telah menjadi mangsa konspirasi.

Anwar telah diseksa semasa dalam tahanan. Dia diaibkan dengan tuduhan-tuduhan yang direka. Kini dia dibicara lagi setelah dijatuhkan hukuman penjara 6 tahun. Anwar dibicarakan oleh sistem kehakiman yang tidak adil. Kerana itulah banyak pihak yang bersimpati dengannya.

UMNO Ketandusan Pemimpin Yang ketandusan pemimpin ialah UMNO. Teruknya UMNO kalau terpaksa bergantung kepada loyar buruk seperti Ibrahim Ali.

Mahathir sudah jadi Presiden UMNO lebih 18 tahun. Dia berkata dia belum boleh turun sekarang kerana tiada pengganti yang sesuai. Maknanya Timbalan Perdana Menteri yang ada sekarang bukan orang yang sesuai pada pendapat Mahathir.

Walaupun Timbalan Perdana Menteri yang ada sekarang diberi gelaran Mr Clean, tetapi itu tidak layak bagi Mahathir untuk jadi Perdana Menteri. Mungkin ada kriteria atau ciri lain untuk menjadi orang yang boleh menggantikan Mahathir Mohamad., pastinya jangan ‘clean’. Peranan Mr Clean hanya untuk pancing undi menjelang pilihanraya; lepas itu, orang lain yang ‘lebih sesuai’ akan gantikannya.

UMNO sekarang sedang membekukan proses pemilihan pemimpinnya. Dari semua peringkat parti, dari Majlis Tertinggi hingga ke peringkat cawangan, semua pemilihan ditangguhkan. Ertinya, pemimpin-pemimpin UMNO sekarang sudah expired. Sudah luput tarikh guna pakai. Kalau barang makanan, barang-barang yang sudah luput tarikh sewajarnya dibuang saja.

Pemimpin UMNO Tidak Dipilih Ahlinya Tengok saja dalam Majlis Tertinggi UMNO. Sejak 1996, jawatan Presiden UMNO Mahathir menangi kerana ada usul sebelum perhimpunan supaya tiada pertandingan untuk jawatan itu. Kerana penangguhan pemilihan, kekosongan terus berlaku dalam jawatan Timbalan dan Naib Presiden UMNO.

Datuk Seri Anwar Ibrahim - yang memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO kerana sokongan ahli-ahli Bahagian UMNO dari seluruh negara - telah dipecat oleh Majlis Tertinggi UMNO dengan sewenang-wenang. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang menjadi Naib Presiden UMNO, diberi tugas khas menjalankan kerja Timbalan Presiden UMNO.

Satu lagi jawatan Naib Presiden dipegang oleh Tan Sri Muhamad Taib. Sampai sekarang, kedudukannya tergantung tak bertali. UMNO segan hendak terima pemimpinnya yang menghadapi tuduhan rasuah, di samping kes perbicaraan kerana bawa wang lebih dua juta dalam beg di Australia.

Satu lagi naib Presiden UMNO, Zahid Hamidi meletak jawatan. Maka, hampir separuh daripada pemimpin UMNO tertinggi yang pernah dipilih sudah ‘kehilangan’.

Parti-parti Alternatif ramai Pemimpin. Terdapat ramai tokoh yang boleh menjadi menteri dan Perdana Menteri. Kalau orang seperti Ibrahim Ali boleh menjadi Timbalan Menteri yang menjaga hal ehwal undang-undang dan mahkamah, terdapat ramai orang dalam parti alternatif yang jauh lebih baik kelayakan mereka daripada Ibrahim Ali untuk memegang jawatan dalam kabinet.

Krisis politik sekarang telah menyebabkan ramai golongan intelektual, teknokrat dan profesional, terutamanya daripada orang Melayu, memihak kepada parti-parti alternatif. Ramai yang telah diterima ke dalam barisan pimpinan parti masing-masing. Jadi kelihatan banyak tenaga baru dan darah baru dalam parti-parti alternatif. Ketika UMNO kelihatan ketandusan dan kelesuan pemimpin, parti-parti alternatif kelihatan segar dan dinamik.

Mahathir CEO Skim Cepat Kaya Parti-parti pembangkang tidak terlibat dengan skim cepat kaya. Sebaliknya, UMNO dan BN yang menjadi penaja skim cepat kaya. Dr Mahathir Mohamad pula bertindak sebagai Chief Executive Officer (CEO) skim tersebut.

Nepotisme dan kronisme adalah versi terkini skim cepat kaya. Anak-anak Mahathir - seperti Mirzan, Mokhzani, Mukhriz dan Marina - semuanya sudah kaya-kaya. Kebanyakanya jadi jutawan belaka kerana daddy-kasi, bukan dedikasi. Anak-anak Mahathir menguasai lebih 200 buah syarikat. Mirzan ada syarikat perkapalan. Petronas terpaksa keluarkan wang RM1.8 bilion untuk selamatkan hutang Mirzan supaya tak jadi bangkerap. Supaya Mirzan tidak muflis. Ini untuk mempastikan skim cepat kaya anak Perdana Menteri tidak gagal.

Ling Liong Sik pun macam Mahathir. Dia juga terlibat dengan skim cepat kaya. Anak lelakinya yang berumur baru 27 tahun sudah memiliki harta berjumlah RM 1.7 bilion. Puncanya kerana daddy-kasi, bukan dedikasi.

Daim Zainuddin adalah contoh individu paling berjaya di bawah skim cepat kaya tajaan Mahathir. Harta terkumpul Daim berbilion-bilion ringgit. Daim pernah mengaku dia berjalan tak bawa cash (tunai). Maknanya dia bawa kad kredit saja. (maklumlah orang kaya…)

Rafidah Aziz satu lagi contoh kejayaan skim cepat kaya. Dia beri saham kepada menantunya sendiri supaya jadi kaya. Mudah saja dia beri saham itu kerana dia jadi Menteri yang jaga pengagihan saham kepada Buimputera. Dia beri 1.5 juta saham dalam Leader Universal Holding Bhd dan 4,173,910 unit saham FACB kepada Fazrin Azwar Bin Mohd Nor, iaitu menantunya. Ini skim cepat kaya paling ekspress. Bukan kerana dedikasi tetapi mummy-kasi.

Tamat

Para penerima diminta mencetak, menyalin dan mengedar Kini, terutamanya kepada mereka yang mungkin berminat. Kami juga menghendaki alamat e-mail supaya dapat mengirim risalah harian ini secara langsung.

Terima kasih atas kerjasama anda.


Last changed: August 23, 1999