[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

KENYATAAN OLEH DR SYED HUSIN ALI

Date: 23 Aug 1999
Time: 20:03:49
Remote User: -

Comments

KENYATAAN OLEH DR SYED HUSIN ALI PRESIDEN PARTI RAKYAT MALAYSIA (PRM) BERHENTI MEMPOLITIKKAN TARIKH PILIHANRAYA Semalam, buat kesekian kalinya, Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, bermain sembunyi dengan tarikh pilihanraya kebangsaan yang akan datang. Apabila ditemu ramah di negrei China, beliau menegaskan bahawa lawatannya ke negeri itu tidak ada kena mengena dengan pilihanraya, walaupun ramai orang mempercayai sebaliknya. Beliau juga memberitahu, sekiranya apa-apa berlaku (dan mungkin maksudnya ialah pilihanraya), beliau tidak akan ke New Zealand untuk menghadiri Persidangan APEC. Lagi pula mengikutnya APEC, seperti juga dengan sistem kewangan antarabangsa, tidak telus. Saya setuju. Tetapi, mengapakah Mahathir tidak mahu telus pula mengenai perkara-perkara yang berhubung dengan pilihanraya?

Mahathir telah mempolitikkan segala-galanya yang boleh memberikan keuntungan politik, yang sangat-sangat diperlukannya sekarang. Tarikh pilihanraya ialah satu perkara yang tidak patut dipolitikkan. Tetapi, tanpa segan silu inilah perkara yang sentiasa dipolitikkannya kini. Beliau hendaklah segera berhenti berbuat demikian.

Banyak negara menetapkan tarikh pilihanraya mereka lama sebelum pilihanraya diadakan. Banyak yang sudah tahu tarikh itu tiga hingga enam bulan sebelumnya. Bahkan ada yang sudah mengetahuinya setahun atau lebih terlebih awal. Mahathir mesti berani dan yakin untuk memberitahu bila pilihanraya akan diadakan. Sangat memalukan apabila beliau berterusan, setiap empat atau lima tahun, menggunakan tarikh pilhanraya untuk keuntungan politiknya. Beliau membuat orang tertanya-tanya dan kemudian mengumumkan pilihanraya secara mengejut. Ini tidak adil.

PRM akan terus berkempen supaya tarikh pilihanraya ditetapkan mengikut undang-undang pada masa hadapan.

Dr Syed Husin Ali Presiden PRM

21 Ogos 1999

STATEMENT BY DR SYED HUSIN ALI PRESIDENT OF PARTI RAKYAT MALAYSIA (PRM) STOP POLITICISING ELECTION DATE!

Yesterday, for the umpteenth time, Prime Minister Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad was again playing hide and seek over the forthcoming national election date. Interviewed in China, he asserted that his Chinese visit has nothing to do with the election, although most people believe that it is just otherwise. He also said that if anything happens (perhaps he means the election), then he may not go to New Zealand for the APEC meeting. Anyhow, he implied that APEC, like the international financial system, lacks transparency. I agree. But why then Mahathir does not want to be transparent about matters relating to the election?

Mahathir has been politicising everything that gives him political mileage, which he so desperately needs now more than ever. Election date is one thing he should never politicise. Yet he has been continuing to politicise it. He must stop doing so immediately.

Many countries set their election date long before the event. Many already know the date three to six months before hand. Indeed there are those which fix theirs a year or more earlier. Mahathir must be confident and courageous enough to give a clear indication as to when the election is going to be. It is most shameful for him to go on, every four or five years, to take political advantage from the election date by keeping people guessing and then announcing a snap election. This is unfair.

PRM will continue to campaign for the election date to be fixed by law in the future.


Last changed: August 23, 1999