[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Habis Kuat Denda RM 200-300

Date: 23 Aug 1999
Time: 20:56:33
Remote User: -

Comments

Ulasan

Bukanlah kita tidak bersimpati dengan keluarga yang terlibat dengan kemalangan ini tapi kita tahu bahawa anak buah Hasmah ini akan terlepas. Habis kuat kena denda RM200 hingga 300 sahaja.

Beruntung kalau ada hubungan dengan Si Kepala Taik.

============================================================================================================================== Anak Ahmad Razali akan didakwa memandu berbahaya

PETALING JAYA 23 Ogos - Anak Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Tan Sri Ahmad Razali Mohd. Ali, yang terlibat dalam kemalangan membabitkan dua remaja rentung semalam, akan didakwa kerana memandu secara berbahaya dan menyebabkan kematian.

Ahmad Razman, 23, akan didakwa di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ketua Polis Daerah, Senior Asisten Komisioner II Dell Akbar Khan mengesahkan perkara tersebut.

Sementara itu, seorang jurucakap polis ketika dihubungi berkata, Ahmad Razman telah dibebaskan atas jaminan polis petang semalam.

Beliau berkata, Ahmad Razman akan dipanggil semula setelah siasatan kes itu selesai.

''Kita masih menyiasat dan akan menjalankan pendakwaan terhadap yang disyaki di bawah Seksyen 41 (1) APJ selepas siasatan siap.

''Jika didapati bersalah, orang yang disyaki boleh dijatuhkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun,'' kata beliau.

Menurutnya, polis kini sedang mengambil kenyataan daripada pihak keluarga mangsa-mangsa dan rakan-rakan mereka untuk membantu siasatan.

Katanya, pihak polis juga meminta kerjasama saksi-saksi lain yang berada di tempat kejadian agar menghubungi Inspektor Hamdan di talian 03-7562222 sambungan 247 untuk memberikan maklumat bagi membantu siasatan.

Semalam, dua remaja rentung dalam kemalangan kereta yang turut membabitkan Ahmad Razman di jalan masuk ke Kelab Golf Tropicana, Damansara.

Ahmad Aqil Datuk Ridzuan, 24, dan Melissa Abu Bakar, 18, rentung setelah gagal menyelamatkan diri setelah dipercayai tersepit apabila kereta jenis BMW yang dipandu oleh Ahmad Razman terbabas dan terbakar pada pukul 6.30 pagi.

Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Universiti di sini untuk bedah siasat, sementara Ahmad Razman ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini untuk membantu siasatan.

Oleh: AZIAN ABD. AZIZ


Last changed: August 23, 1999