[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Yang Al Kataki Buat Di Kelantan Tuh Bagaimana?

Date: 23 Aug 1999
Time: 21:11:10
Remote User: -

Comments

Ulasan

Yang Pak Lah beria-ia sangat kutuk PAS ini apa pasal? Yang UMNO buat majlis sambutan Hari Kemerdekaan di Kota Baru apa pasal? Itupun tujuan politik.

Pada kita semua pihak boleh buat, peringkat kebangsaan, negeri, daerah, persatuan-persatuan dan parti politik. Tidak salah mereka buat sebab semuanya sayangkan negara.

============================================================================================================================== Cadangan Pas disifat pentingkan diri

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, menyifatkan cadangan Pas Kedah menyambut Hari Kebangsaan secara berasingan sebagai mementingkan diri sendiri.

Menurut beliau, hari berkenaan perlu disambut secara bersama dengan penuh rasa kesyukuran oleh semua rakyat Malaysia dan tidak sewajarnya disambut secara berasingan.

''Tak tahulah, mereka (Pas) ingat ini kemerdekaan untuk diri mereka sendiri. Ini adalah Hari Kebangsaan, hari untuk semua,'' katanya pada sidang akhbar selepas menerima cek bernilai RM50,000 dari Persaudaraan Kristian Evangelikal Nasional Malaysia (NECF) di pejabatnya di Kementerian Dalam Negeri, petang ini.

Sumbangan yang disampaikan oleh Pengerusi NECF, Dr. Prince Guneratnam bertujuan membantu mangsa gempa bumi di Turki.

Utusan hari ini melaporkan Timbalan Pengerusi Sambutan Hari Kebangsaan Negeri Kedah, Datuk Abdullah Hasnan Kamaruddin, menyatakan cadangan Pas Kedah mengadakan sambutan Hari Kebangsaan secara berasingan bertujuan memecahbelahkan perpaduan rakyat negeri itu.

Menurut Abdullah Hasnan, pihaknya pernah menjemput parti pembangkang untuk menyertai sambutan tetapi telah ditolak.

Sementara itu Abdullah yang juga Menteri Dalam Negeri menjelaskan, melalui kemerdekaan rakyat Malaysia telah berpeluang menentukan sendiri masa depan demi kebaikan negara.

Katanya, pada masa yang sama rakyat dari semua lapisan perlu memberi penghargaan kepada pejuang-pejuang kemerdekaan yang telah bersusah-payah untuk menjayakannya dulu.

''Kita mempunyai peranan untuk menentukan masa depan dan kita boleh membuat apa jua rancangan untuk kebaikan negara dan rakyat. Inilah yang perlu kita hargai dan bersyukur dengannya.

''Pada hari itu kita perlu melahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada pejuang-pejuang kemerdekaan,'' jelas beliau.

Abdullah berkata, lebih ramai rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan keturunan perlu tampil menyumbangkan bantuan meringankan beban mangsa malapetaka di Turki.

Menurut beliau, walaupun kebanyakannya sudah menyumbangkan bantuan dan derma untuk penderitaan rakyat Kosovo dan Bosnia, mereka masih mampu memberi sumbangan yang amat diperlukan oleh mangsa gempa bumi itu.

Jelasnya, langkah NECF itu juga selaras dengan hasrat kerajaan melahirkan masyarakat penyayang seiring dengan peningkatan tahap hidup dan ekonomi negara.

''Ini adalah satu bukti rakyat Malaysia tidak kira dari golongan manapun sebenarnya sentiasa bekerja untuk memberikan apa jua bantuan sama ada dalam bentuk wang atau bantuan lain.

''Rakyat Malaysia memang mengamalkan sikap penyayang, ini satu-satunya sikap yang kita perlu bentuk. Saya berharap ada pihak di negara kita ini sama ada dari Islam atau bukan Islam, India dan pertubuhan lain tampil ke depan memberi bantuan,'' tambah beliau.

Oleh: LAWRENCE QUEK


Last changed: August 23, 1999