[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Lebih Baik Cegah Dahulu

Date: 23 Aug 1999
Time: 21:19:19
Remote User: -

Comments

Kita turut sama gembira dengan langkah kerajaan ini. Pada rakyat ini satu gimik pilihanraya sahaja.

Mengapa isu-isu ini tidak diteliti sebelum dikenakan bayaran tersebut?

Jelaslah rakyat juga dipermain-mainkan.

Bukan begitu Awang?

===============================================================

BISIK-BISIK

AWANG, bagi pihak orang ramai, mengucapkan terima kasih kepada kerajaan di atas keputusan menurunkan bayaran pasport antarabangsa bagi pelajar dan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

Menurut laporan, penurunan itu bertujuan ''mengurangkan beban rakyat.''

Bayaran RM300 bagi mendapatkan pasport antarabangsa bukanlah kecil. Kerajaan tentunya sedar bahawa bukan semua orang keluar negara untuk bercuti dan bersuka ria.

Ramai yang keluar untuk belajar, menghadiri kursus dan mendapatkan rawatan.

Andaian bahawa semua yang keluar negara terdiri daripada golongan berduit adalah tidak betul. Ini sepatutnya disedari dari awal.

Awang - Sekali lagi, terima kasih.


Last changed: August 23, 1999