[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

DAP MINTA BANK NEGARA JELASKAN PEMILIHAN BANK

Date: 23 Aug 1999
Time: 21:23:15
Remote User: -

Comments

DAP MINTA BANK NEGARA JELASKAN PEMILIHAN BANK MULTI-PURPOSE

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) -- DAP hari ini meminta Bank Negara menjelaskan rasional pemilihan Bank Multi-Purpose sebagai satu daripada enam kumpulan utama bank di bawah cadangan penggabungan bank-bank.

Setiausaha Agungnya Lim Kit Siang berkata bank pusat itu mesti menjelaskan sas pemilihan MPB dengan membenarkan bank itu menelan tiga institusi yang lebih besar termasuk RHB-Sime Bank yang baru bergabung, iaitu lapan kali lebih besar daripada MPB dengan aset RM7.2 bilion.

"Episod Bank Multi-Purpose adalah contoh terbaru yang menonjolkan apa yang salah dengan pentadbiran korporat di Malaysia, yang pergerakan korporat digerakkan oleh kepintaran politik daripada kepentingan pemegang saham," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lim berkata kurangnya ketelusan sebegini serta pentadbiran korporat yang baik adalah sebab kenapa terdapat peningkatan bantahan terhadap cadangan penggabungan oleh Bank Negara itu.

Katanya itulah sebab kenapa parti-parti pembangkang iaitu DAP, Keadilan, PAS dan PRM mengeluarkan kenyataan bersama semalam menentang rancangan penggabungan itu.

-- BERNAMA


Last changed: August 23, 1999