[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Rahim Tunjuk Alim

Date: 23 Aug 1999
Time: 23:16:44
Remote User: -

Comments

Ulasan

Budaya ini sekarang telah menjadi perkara biasa di negara kita. Ini berpunca daripada tindakan Si Kepala Taik yang pilih bulu.

Sama-samalah kita tunggu keputusan mahkamah.

Keadaan negara sekarang begitu bercelaru sehingga menjadi bahan ketawa dunia.

============================================================================================================================== PERMOHONAN RAHIM TAMBY CHIK UNTUK HALANG DAP DIDENGAR ESOK

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) -- Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik telah mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini untuk menghalang DAP daripada terus mengedar, menerbit, mencetak atau mengeluarkan sebuah buku dan poster-poster yang didakwa mengandungi perkataan-perkataan berunsur fitnah terhadapnya.

Abdul Rahim mengemukakan permohonan itu Jumaat lepas menerusi Tetuan Puthucheary Firoz & Asmet dan ia akan didengar esok oleh Hakim Datuk Azmel Ma'amor.

Abdul Rahim yang kini merupakan seorang ahli perniagaan menamakan DAP, setiausaha agungnya, Lim Kit Siang dan pengerusinya, Dr Chen Man Hin sebagai defendan.

Dalam permohonannya, Abdul Rahim meminta supaya kesemua defendan, pekerja-pekerja atau ejen mereka, dihalang daripada berbuat demikian sehingga mahkamah memutuskan saman malu yang dikemukakannya terhadap mereka.

Melalui afidavit yang difailkan untuk menyokong permohonan itu, Abdul Rahim berkata, buku serta poster berkenaan dibuat bagi satu kempen yang dimulakan oleh ketiga-tiga defendan pada pertengahan tahun 1998.

Abdul Rahim berkata, beliau kemudiannya telah mengemukakan satu saman terhadap ketiga-tiga defendan berhubung perkara itu pada 16 Ogos tahun lepas.

Beliau mendakwa, kesemua defendan juga telah menyiarkan perkataan-perkataanitu atau perkataan-perkataan yang mempunyai makna yang serupa, di Internet di laman Web Sedunia:http/www.malaysia.net/dap/.

Perkataan-perkataan yang disiarkan itu adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat sehingga menyebabkan perasaanya terganggu serta kecederaan daripada segi reputasi peribadi dan politik serta dibawa ke dalam skandal awam, kebencian dan kehinaan.

"Sifat serius dan lucah fitnah itu telah menyebabkan penderitaan peribadi yang teramat sangat kepada saya dan ahli-ahli keluarga saya," tambahnya lagi.

Abdul Rahim berkata beliau telah menghantar surat bertarikh 21 Julai 1998untuk memberi peluang kepada ketiga-tiga defendan menurunkan poster serta meminta maaf berhubung perkara itu tetapi ditolak melalui surat bertarikh 28 Julai 1998 daripada peguam mereka Karpal Singh.

Oleh itu, Abdul Rahim berkata beliau tidak mempunyai alternatif lain selain memulakan satu tindakan undang-undang terhadap ketiga-tiga defendan. Abdul Rahim berkata, jika tidak dihalang oleh mahkamah, besar kemungkinan ketiga-tiga defendan akan terus memfitnahnya secara lisan atau bertulis semasa meraikan pembebasan Lim Guan Eng daripada penjara pada 25 Ogos ini.

Beliau juga telah mendapat satu perintah daripada Mahkamah Tinggi untuk menghalang majalah Asiaweek daripada terus menerbitkan perkataan-perkataan berunsur fitnah terhadapnya dalam saman terhadap majalan itu.

"Oleh yang demikian, adalah munasabah jika satu perintah injunksi dikeluarkan terhadap pengataan-pengataan yang memfitnah saya sehingga penyelesaian kes-kes ini," kata Abdul Rahim.

Abdul Rahim juga memberikan akujanji untuk mematuhi apa-apa perintah yang dibuat oleh mahkamah berhubung ganti rugi jika mahkamah berpendapat kesemua defendan telah menanggung kerugian disebabkan perintah menghalang yang diberikan atas permintaannya.

Dalam samannya terhadap ketiga-tiga defendan, Abdul Rahim berkata buku dan poster yang mengandungi perkataan-perkataan berunsur fitnah terhadapnya adalah direka untuk menarik perhatian umum secara maksimum.

Abdul Rahim berkata kesemua defendan mengetahui bahawa tuduhan-tuduhan mereka terhadapnya mengenai rogol statutori terhadap seorang gadis bawah umur adalah palsu memandangkan beliau tidak pernah didakwa atau disabit terhadap kesalahan itu dan oleh yang demikian, adalah dianggap tidak bersalah di bawah undang-undang.

Beliau berkata, perkataan-perkataan berunsur fitnah itu amat serius serta merosakkan dan ketiga-tiga defendan tidak memberi peluang kepadanya untuk memberi komen atau menafikannya sebelum perkataan-perkataan itu disiarkan.

Katanya, beliau terpaksa mengemukakan saman terhadap ketiga-tiga defendan walaupun sebenarnya beliau tidak mahu berbuat demikian memandangkan DAP adalah sebuah parti politik.

Abdul Rahim berpendapat, parti-parti politik tidak berhak untuk membuat pernyataan-pernyataan yang bersifat skandal dan palsu terhadap individu untuk menjayakan kepentingan politik mereka sendiri.

Selain ganti rugi am yang tidak dinyatakan jumlahnya, Abdul Rahim juga menuntut ganti rugi tambahan dan teladan untuk libel, faedah, satu perintah untuk menghalang kesemua defendan daripada terus menerbitkan fitnah terhadapnya, kos serta relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

-- BERNAMA


Last changed: August 23, 1999