[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Si Tapa Yang Tak Pernah Faham

Date: 24 Aug 1999
Time: 01:00:35
Remote User: -

Comments

Ulasan

Kita tidak mahu pertikaikan dasar-dasar kerajaan yang mahu memartabatkan negara melalui aktiviti ekonomi makro dan mikro.

Yang kita pertikaikan adalah dari segi pelaksanaan. Sebagai contoh mengapa 6 buah bank itu sahaja. Mengapa Multipurpose?

Kita melihat kroni-kroni Si Kepala Taik ini menggunakan pelbagai alasan untuk kaut untung banyak dan mengetepikan hak rakyat yang ramai.

Kita tidak pekak. Kita tidak tuli. Kita tidak buta.

Yang kita lihat Si Tapa yang tak pernah faham.

============================================================================================================================== MALAYSIA PERSIAP DIRI HADAPI SAINGAN GLOBAL, KATA MUSTAPA

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Malaysia sedang menyediakan asas bagi menghadapi persaingan global menerusi pengabungan bank, broker saham dan insuran, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Mustapa Mohamed hari ini.

"Adalah penting untuk kita buat persiapan supaya tidak tenggelam dalam arus globalisasi and liberalisasi," katanya ketika merasmikan seminar Strategi Pelaburan - Apa Pilihan Anda? di sini.

Beliau berkata dalam jangka panjang Malaysia tidak boleh mengelakkan diri dari kuasan-kuasa global, dan kerajaan mahu syarikat Malaysia menjadi peserta yang aktif dalam arus tersebut.

"Satu hari nanti, pelabur-pelabur asing akan melabur secara bebas di sini dan kita juga perlu menyertai peluang pelaburan di negara-negara lain," katanya.

Mustapa juga berkata syarikat-syarikat Malaysia harus menyediakan diri untuk menjadi peserta global selaras dengan proses globalisasi dan liberalisasi pasaran.

Walaupun dasar kerajaan sekarang ialah untuk mengurangkan pelaburan di luar negara, ini adalah bersifat sementara disebabkan kegawatan yang melanda rantau ini.

Mustapa berkata kegawatan mengajar semua pihak di rantau ini agar tidak mengamalkan cara pelaburan terikut-ikut.

"Cara melabur ini perlu kita ubah. Kita perlu adakan analisa yang mendalam," tambahnya.

Usaha mempelbagaikan pelaburan adalah penting tetapi kegawatan memberi pengajaran bahawa penggantungan kepada sektor hartanah atau satu sektor tertentu sahaja tidak harus diamalkan, katanya.

Beliau menambah kemahiran dalam membuat analisa pelaburan dan kualiti pelaburan perlu ditingkatkan.

"Tanda-tanda pemulihan yang semakin jelas akan dapat dilihat sepanjang tahun ini," katanya sambil menambah bahawa keyakinan para pengguna sudah beransur pulih. -- BERNAMA


Last changed: August 24, 1999