[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Gelagat Si Ketul Kuning

Date: 24 Aug 1999
Time: 01:07:04
Remote User: -

Comments

Ulasan

Mengambil iktibar daripada Si Kepala Taik sekarang giliran Si Ketul Kuning menunjukkan gelagatnya. Dia kata dialah yang berkuasa dalam barisan ketul kuning. Muka-muka baru dan lama adalah puak-puak dia semata.

Ahli-ahli MCA tak faham-faham lagikah?

Apakah kita mahu melihat dia meneruskan gelagatnya?

Bagi rakyat, tiada esok bagi calon-calon MCA dalam kawasan majoriti orang Melayu.

============================================================================================================================== Ramai wakil rakyat MCA dicalon semula

MUAR, Isnin - Kira-kira 90 peratus wakil rakyat MCA yang sedang berkhidmat akan dicadangkan menjadi calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ling Liong Sik, berkata kebanyakan wakil rakyat parti itu yang terpilih pada pilihan raya 1995 adalah daripada pemimpin muda yang baru satu penggal berkhidmat.

Beliau berkata, sebahagian lagi wakil rakyat MCA termasuk yang mempunyai jawatan dalam kerajaan, akan diganti kerana mereka memutuskan untuk mengundur diri bagi memberi laluan kepada pemimpin baru.

"Sama ada berita gembira atau tidak, Jawatankuasa Kerja MCA Pusat memberi kuasa penuh kepada saya selaku Presiden untuk mengemukakan senarai calon MCA pada pilihan raya umum akan datang.

"Saya akan berlaku adil kerana masing-masing adalah rakan seperjuangan saya. Ada pemimpin sudah menyuarakan hasrat untuk mengundur diri jika parti dan ahli membenarkan mereka berbuat demikian," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan MCA Johor di Pejabat MCA Tangkak di sini, pagi ini.

Turut hadir Naib Presiden MCA, Datuk Ong Ka ting.

Di majlis itu, Dr Ling turut mengumumkan senarai baru Jawatankuasa Perhubungan MCA Johor bagi penggal 1999/2002 yang menyaksikan beberapa pertukaran jawatan.

Ong yang sebelum ini hanya ahli jawatankuasa bagi sesi 1996/98, dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan MCA Johor bagi menggantikan Datuk Jimmy Low dan Dr Chua Soi Lek yang sebelum ini sama-sama memegang jawatan itu.

Jimmy dan Dr Chua bagaimanapun dilantik sebagai Naib Pengerusi bersama Adun Tangkak, Yap Chik Dong dan Ng See Tiong. Datuk Lim Si Cheng dan Goh Wai Wah kekal selaku Setiausaha dan Bendahari.

Dr Ling berkata, ramai pemimpin muda MCA kini diberi peluang dan tanggungjawab dalam parti itu sebagai latihan untuk proses peralihan jangka panjang.

Beliau berkata, MCA Johor yakin BN akan terus berupaya mempertahankan kedudukan negeri itu sebagai kubu kuat Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang selepas menyapu bersih semua kerusi pada pilihanraya 1995.

Katanya, hasrat pembangkang untuk memenangi kerusi di Johor pada pilihan raya umum akan datang adalah impian kosong kerana mereka tidak berupaya mencapai berpakat antara satu sama lain.

"Ketika ini, mereka (parti pembangkang) tidak berupaya sepakat dan masing-masing menyanyikan lagu berlainan mengikut rentak ideologi tersendiri. Mereka masih perlu belajar.

"Saya yakin BN Johor di bawah kepemimpinan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, akan terus berjaya mempertahankan kedudukan BN kerana sejak 1995, pelbagai usaha membela rakyat dijalankan oleh kerajaan dan parti," katanya.

Katanya, BN juga berupaya merampas kembali Kelantan daripada pemerintahan Pas, berdasarkan reaksi rakyat negeri itu yang mahukan perubahan selepas dua penggal di bawah pembangkang.

"Pilihan raya akan datang adalah peluang terbaik BN merampas Kelantan daripada Pas kerana rakyat kini mahu perubahan demi kepentingan generasi muda akan datang," katanya.


Last changed: August 24, 1999