[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Kempenlah Tuh!!!

Date: 24 Aug 1999
Time: 01:10:31
Remote User: -

Comments

Ulasan

Walaupun Si Khalil cuba menafikan perkara ini, orang kampung semuanya tahu dia bohong. Orang bandar dah lama tahu.

Agaknya dia ingat media-media kerajaan milik BN atau bapak dia punya.

Cukuplah. Tidak kali ini. Rakyat tidak keliru lagi.

============================================================================================================================== Penerangan isu semasa bukan tujuan berkempen

SEREMBAN, Isnin - Program penerangan mengenai pelbagai isu semasa oleh Jabatan Penerangan bukan bertujuan berkempen untuk Barisan Nasional (BN) terutama Umno.

Menteri Penerangan, Tan Sri Khalil Yaakob, berkata jabatan itu mempunyai garis panduan berhubung program penerangan dengan matlamat utama supaya rakyat memahami pelbagai isu semasa.

Beliau berkata, tugas jabatan ialah menerangkan dasar serta pelaksanaan dasar kerajaan dan bukan berkempen untuk parti politik.

"Kerajaan mahu rakyat mudah memahami perkembangan sebenar mengenai pelbagai isu semasa dan tidak terkeliru dengan sesetengah pihak yang membuat kenyataan tidak benar," katanya selepas majlis takimat isu semasa peringkat zon selatan anjuran Jabatan Penerangan di Wisma Negeri, hari ini.

Khalil berkata, kakitangan jabatan itu juga bertugas membaca suasana politik untuk pengetahuan kementerian.

Beliau berkata, antara isu yang termasuk dalam program penerangan ialah pembangunan Putrajaya seperti matlamat dan falsafahnya supaya rakyat benar-benar memahami penubuhan pusat pentadbiran negara itu.

Katanya, semua kakitangan jabatan memahami tugas masing-masing dan dibekalkan maklumat yang sama supaya penerangan mereka tidak bercanggah antara satu sama lain.

Sementara itu, beliau berkata, Agensi Berita Nasional (Bernama) sudah diarahkan berhubung dengan agensi berita negara lain di Asia untuk menjadikan usaha 'media Asia untuk orang Asia' sebagai kenyataan.

Idea itu adalah hasil saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, ketika melawat China baru-baru ini bertujuan memecahkan penguasaan media Barat dalam laporan berita serantau dan dunia.

Selain itu, katanya dalam rangka kerjasama negara Selatan-Selatan, Kabinet mengarahkan semua pejabat kedutaan negara memperhebatkan usaha penyebaran maklumat.

"Ini kerana banyak negara Selatan-Selatan mahu mengetahui formula kejayaan negara dalam pelbagai bidang seperti seperti ekonomi," katanya

Mengulas cadangan Pas Kedah mengadakan sambutan Hari Kebangsaan secara berasingan di negeri itu, katanya cadangan itu tidak lebih sebagai gimik polotik.

"Mengapa sebelum ini tidak buat begitu, tetapi tahun ini dan menjelang pilihan raya mereka buat macam-macam. Cadangan itu tidak menepati semangat Hari Kebangsaan," katanya.


Last changed: August 24, 1999