[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Apa Yang Pak Lah Hairankan?

Date: 24 Aug 1999
Time: 03:30:05
Remote User: -

Comments

Ulasan

Selidek dulu...itu tugas kamu. Jangan beri komen sebab orang itu dan orang ini cakap. Laporan dan berita itu tak semestinya benar. Bebudak sekarang kecil-kecil sudah pandai politik. Yang mengajarnya media-media kroni. Jangan salahkan orang lain pulak.

"Itu bukan tugas guru, itupun bukan tugas pendidikan pada waktu ini. Anak-anak masih kecil lagi dan tidak tahu pasal hal politik. Mengapa mesti diganggu mereka dengan perkara-perkara yang ada hubung kait dengan politik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Wanita peringkat kebangsaan di sini.

TUGAS GURU BERKATA DAN MENGAJAR YANG BENAR. KALAU BN TAK BAGUS SEBAGAI KERAJAAN, GURU MESTI KATA TAK BAGUS. YANG UMNO GUNA PRASARANA SEKOLAH UNTUK KEMPEN BOLEH? YANG GURU-GURU SUPPORT UMNO BOLEH?

"That's unbecoming of the teacher," katanya semasa mengulas laporan mengenai kejadian seorang guru sekolah rendah di Alor Setar, Kedah yang meracuni fikiran murid-murid supaya membenci kerajaan ketika mengajar.

KITA NAMPAK PERKARA INI DIBESAR-BESARKAN KERANA JARUM POLITIK HALUS UNTUK TOLAK NAJIB. ITU AJE!

"Lawatan itu telah lama diatur. Mana-mana Perdana Menteri pergi pun ialah untuk menjalankan kerjanya, bukan untuk memancing undi," katanya.

INI ALASAN LEMAH SEBAB LAWATAN INI PENTING UNTUK SENTIMEN KAUM CINA.

"Ramai di kalangan wanita yang berjaya kini telah membuktikan bahawa kaum Hawa boleh memainkan hampir semua peranan yang mereka sandang," katanya.

CUMA YANG BERMASALAH ADALAH WANITA UMNO YANG JATUH MENJATUHKAN ANTARA SATU SAMA LAIN.

"Dan ada pihak yang tidak akan memberi tempat kepada wanita dalam menjalankan urusan siasah jika mereka menjadi kerajaan," katanya.

KITA BUKAN ANTI WANITA BEKERJA TAPI IBU BEKERJA MENIMBULKAN MASALAH MENDIDIK ANAK.

============================================================================================================================== TPM HAIRAN DENGAN SEGELINTIR GURU YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

KUANTAN, 24 Ogos (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hairan dengan sikap segelintir guru yang tidak bertanggungjawab terhadap pendidikan anak-anak dengan membabitkan politik di sekolah-sekolah.

"Itu bukan tugas guru, itupun bukan tugas pendidikan pada waktu ini. Anak-anak masih kecil lagi dan tidak tahu pasal hal politik. Mengapa mesti diganggu mereka dengan perkara-perkara yang ada hubung kait dengan politik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Wanita peringkat kebangsaan di sini.

Beliau merasmikan sambutan acara tahunan itu sebagai mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad. Kira-kira 2,000 wanita yang mewakili pelbagai pertubuhan menghadiri majlis berkenaan.

Abdullah berkata bukanlah tugas dan tanggungjawab guru-guru untuk membangkitkan hal-hal berkaitan politik di kalangan pelajar sekolah.

"That's unbecoming of the teacher," katanya semasa mengulas laporan mengenai kejadian seorang guru sekolah rendah di Alor Setar, Kedah yang meracuni fikiran murid-murid supaya membenci kerajaan ketika mengajar.

Semalam, laporan akhbar menyebut anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Rafidah Aziz berkata seorang ibu membangkitkan isu itu ketika sesi soal jawab dengan beliau dalam satu majlis perjumpaan dengan para pemimpin Barisan Nasional di Bangunan Umno Kedah Ahad lepas.

Semasa membangkitkan isu berkenaan, ibu itu mendakwa guru terbabit menyoal satu persatu murid-muridnya termasuk anaknya yang berada dalam Tahun Tiga mengenai fahaman politik ibu bapa masing-masing.

Ditanya sama ada tindakan disiplin perlu dikenakan ke atas guru terbabit, Abdullah berkata Kementerian Pendidikan sedang mengambil tindakan sekiranya perbuatan guru itu ada kaitan dengan salah disiplin.

Mengenai dakwaan pembangkang bahawa lawatan Dr Mahathir ke China baru-baru ini merupakan gimik politik untuk memancing undi, beliau berkata lawatan Perdana Menteri itu tidak ada kena mengena dengan pilihan raya.

"Lawatan itu telah lama diatur. Mana-mana Perdana Menteri pergi pun ialah untuk menjalankan kerjanya, bukan untuk memancing undi," katanya.

Semasa berucap, beliau meminta golongan wanita supaya terus aktif dalam segenap lapangan kegiatan dan perwakilan wanita harus ada di semua peringkat pembuat dasar.

Katanya, tindakan harus diambil bagi mengurangkan halangan yang mungkin menjejaskan peluang wanita untuk maju sebagai ibu, isteri, pekerja dan ketua.

"Ramai di kalangan wanita yang berjaya kini telah membuktikan bahawa kaum Hawa boleh memainkan hampir semua peranan yang mereka sandang," katanya.

Abdullah berkata yang lebih menarik ialah kaum wanita di negara ini mencapai tahap yang tinggi hasil usaha mereka berdasarkan kemampuan sendiri, bukan kerana faktor lain seperti adanya kuota wanita, sebaliknya memperolehi kedudukan penting itu secara "merit".

Beliau juga meminta masyarakat supaya tidak memandang remeh terhadap wanita yang memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa kerana itu merupakan pekerjaan yang murni dan sukar untuk dilakukan dalam zaman yang semakin canggih ini.

Abdullah berkata kerajaan Barisan Nasional memberikan peluang yang cukup luas kepada kaum wanita dalam bidang pekerjaan dan pendidikan.

Berdasarkan statistik pada tahun 1998, peratus pelajar perempuan yang berdaftar di peringkat pra-universiti ialah 65.3 peratus manakala 54.5 peratus daripada 79,014 pelajar di institusi pengajian tinggi swasta pula terdiri daripada pelajar perempuan.

Peningkatan peratusan pekerja wanita pula ialah dari 45.8 peratus pada tahun 1990 kepada 47.1 peratus pada tahun 1995.

Beliau berkata bagaimanapun masih ada segelintir rakyat yang menganggap wanita tidak sesuai bekerja mencari nafkah dan ada pula pihak yang mendiskriminasikan wanita kerana sifat dan kecantikan mereka.

"Dan ada pihak yang tidak akan memberi tempat kepada wanita dalam menjalankan urusan siasah jika mereka menjadi kerajaan," katanya. -- BERNAMA


Last changed: August 24, 1999