[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Cakap Kosong Saja.

Date: 24 Aug 1999
Time: 04:02:47
Remote User: -

Comments

Ulasan

Pertama Si Tapa mengaku bahawa syarikat-syarikat besar termasuk syarikat-syarikat kroni Si Kepala Taik terlibat dalam isu ini.

Kedua, dia hanya mampu bercakap...cakap-cakap kosong sajalah.

============================================================================================================================== Tindakan abai hutang jejas IKS

KUALA LUMPUR, Isnin - Tindakan syarikat besar mengabaikan pembayaran hutang mereka kepada syarikat industri kecil dan sederhana (IKS) bukan saja mengancam syarikat kecil, malah menjejaskan pemulihan ekonomi negara.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Mustapa Mohamed, berkata syarikat IKS boleh bankrap jika tidak menerima pembayaran selepas membekalkan perkhidmatan atau barangan kepada syarikat besar.

Katanya, walaupun jumlah yang terhutang mungkin dianggap kecil oleh syarikat besar, ia adalah besar bagi syarikat IKS dan menjadi penentu kepada hidup atau mati perniagaan mereka.

"Kita menerima banyak aduan daripada usahawan kecil mengenai syarikat besar tidak membayar atas kerja yang dilaksanakan, berikutan kegawatan ekonomi. Kalau mereka bekal barangan RM100,000 dan tidak dibayar, ini boleh membankrapkan IKS," katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan forum 'Mengurus IKS Dalam Waktu Gawat' anjuran Institut Pengurusan Malaysia (MIM). Hadir sama ialah Ketua Eksekutif MIM, Dr Tarcisius Chin.

Mustapa yang juga Menteri Pembangunan Usahawan berkata, kerajaan bersedia menjadi orang tengah di antara syarikat besar dan IKS bagi membantu menyelesaikan masalah pembayaran itu.

Kerajaan berharap kedua-dua pihak dapat berunding bagi mencapai kesepakatan termasuk soal jaminan dan pembayaran secara ansuran.

Mengenai tindakan kerajaan bagi memastikan syarikat besar membuat pembayaran, beliau berkata kerajaan tidak bercadang mengenakan apa-apa paksaan kerana menyedari syarikat besar turut menghadapi masalah.

"Hutang kena bayarlah...kita harap ada rundingan di antara mereka," katanya sambil menjelaskan masalah itu agak meluas.

Terdahulu, dalam ucapannya, Mustapa berkata kerajaan perlu melihat kegawatan ekonomi secara menyeluruh dengan penekanan diberikan untuk membantu syarikat besar.

Menurutnya, syarikat besar perlu dibantu kerana jika mereka menghadapi masalah, keseluruhan sistem ekonomi negara termasuk syarikat IKS akan turut menghadapi masalah.

"Yang penting kita perlu pulihkan ekonomi kerana bila ekonomi pulih pasaran dan pengeluaran syarikat besar akan bertambah, sekali gus memperbaiki aliran tunai dan meningkat kemampuan mereka membayar hutang.

"Bagaimanapun, ini tidak bermakna kerajaan mengabaikan syarikat IKS kerana pelbagai bantuan turut diwujudkan seperti Tabung IKS (TIKS) dan Tabung Pemulihan IKS (TPIKS).

Sehingga kini, 2,996 permohonan membabitkan RM2.2 bilion diluluskan dibawah TIKS walaupun peruntukan hanya bernilai RM1.75 bilion. Bagi TPIKS pula, 224 permohonan membabitkan RM181.4 juta diluluskan daripada peruntukan RM500 juta.

Mustapa juga menyarankan syarikat IKS memberi penumpuan kepada pasaran eksport bagi meningkatkan perniagaan mereka kerana pasaran negara adalah kecil dan kuasa membeli rakyat terhad.

Malaysia mempunyai kelebihan daripada segi mutu barangan, kos pengeluaran yang rendah serta kadar tukaran mata wang yang baik untuk bersaing dalam pasaran antarabangsa.

"Kerajaan akan terus bekerja sama dengan pihak swasta untuk membolehkan syarikat Malaysia menembusi pasaran eksport," katanya.


Last changed: August 24, 1999