[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Ucapan 10 Tahun Lalu Jadi Kenyataan

Date: 24 Aug 1999
Time: 20:07:34
Remote User: -

Comments

Tunku hurai maksud "kalah kita mampus" Utusan Malaysia - 9 Februari 1989 Saudara Pengarang,

Apa yang saya sebut di dalam ucapan saya yang telah disiarkan di akhbar Utusan Malaysia pada 30 Januari 1989 kalau kita menang kita perbetulkan pentadbiran Mahathir tetapi "kalau kita kalah kita mampuih kita".

Maknanya sangatlah dalam, barangkali ramai orang kita tidak faham maksud yang saya sebut itu.

Lepas UMNO deregistered dan digantikan dengan UMNO baru, bermaknalah Mahathir telah lantik dirinya sebagai diktator kerana UMNO baru telah beri kuasa is memerintah dengan segala kebebasan dan semua ahli dalam UMNO baru itu jadi pengikut-pengikutnya.

Apa yang hendak buat, semuanya setuju sahaja. Keadaan ini sangatlah bahaya kepada sebuah negara yang berbilang bangsa. Perjuangan UMNO lama telah mendapatkan kemerdekaan bagi negara kita ini, kemerdekaan yang berjaya, berparlimen dan berdaulat. Kuasa yang ada di tangan British dahulu itu telahpun diubah ketangan orang-orang Melayu.

Syukur kita sekalian, selepas itu kita sempurna pula perjanjian dengan orang-orang bukan Melayu yang tolong kita dalam perjuangan merdeka untuk memberikan hak-hak mereka itu dengan syarat mereka memandang di atas hak keistimewaan orang-orang Melayu.

Inilah satu negara yang telah berjuang dengan komunis yang pelampau dan telah beroleh kejayaan. Saya bangga sebutkan di sini bahawa inilah sebuah negara dalam Timur Asia ini yang telah mengalahkan komunis dalam perjuangan, walhalnya negara negara lain yang berjiran dengan kita semuanya dikuasai oleh komunis.

Allah telah memberi kekayaan kepada kita ini yang belum dirasai dahulu. Ramai saudagar negara kita dan dari luar negara membuat pelaburan dengan begitu subur, dengan itu mata wang, ekonomi dan pentadbiran kita kuat.

Di bawah Dr. Mahathir berbagai hal telah berlaku, perniagaannya jatuh yang merosakkan kemakmuran negara kita ini. Wang kita pun tidak ada harga, kawan-kawan kitapun meninggalkan kita dan negara ini disifatkan jahanam.

Keadilan tidak ada, semua mahkamah diperintah oleh seorang diktator. Akhbar-akhbar media massa semua bercakap bahasa dia dan ikut kehendak dia sahaja. Dalam pilihanraya apa yang paling buruk dan kotor sekali ialah semua dakyah kerajaan dikeluar dalam TV, radio dan akhbar-akhbar dan ikut kehendak mereka hendak menyokong mana-mana pihak tetapi di dalam pilihanraya kecil ini (Ampang Jaya) apa yang saya bercakap dan pembangkang-pembangkang bercakap tidak masuk langsung di dalam TV, radio ataupun akhbar-akhbar.

Segala cakap dan tuduhan-tuduhan oleh pihak kerajaan Barisan Nasional terhadap pihak pembangkang semuanya dikeluar sepenuhnya dalam media massa. Dimanakah keadilan? Kita hendak jawab balik tidak diberi tempat masa dan peluang, jadi pengundi-pengundi telahpun terpedaya dan percaya.

Dengan itu kekalahan kita disebabkan oleh perbuatan dan tulisan media massa itu. Begini kerajaan telah lakukan kezaliman. Sekiranya ditetapkan juga pemerintah negara ini dengan kehendak rakyat jelata itulah yang saya kata kita akan mampuih.

Perkataan saya ini dan banyak lagi yang saya telah sebutkan tidak masuk di TV, radio atau akhbar-akhbar sebelum pilihanraya kerana mereka takut orang-orang akan ubah perasaan dan sokongan mereka terhadap kerajaan Mahathir.

Selepas pilihanraya habis barulah disebut. Kes kezaliman kerajaan berkenaan dalam pilihanraya ini telah pun ternyata tidak ada keadilan langsung. Satu pihak sahaja boleh bercakap, lain-lain tidak boleh. Pendek kata tanggungan rakyat jelata di sinilah untuk mengubah pemerintahan ini dan mengganti dengan pemerintahan yang adil.

Kekalahan ini bukannya kerana Dato' Harun Haji Idris (calon Gerakan `46) tidak diterima tetapi dengan kerana dakyah yang palsu terhadapnya yang dikeluarkan oleh TV, radio dan akhbar-akhbar. Maka tertanggunglah di atas tiap-tiap seorang yang benar-benar kasih terhadap negara ini untuk menubuhkan kerajaan yang adil bercorak demokrasi berparlimen dan berdaulat yang telah hendak diubah corak pemerintahan negara ini yang saya rasa bimbang dan takut juka tidak dijaga akhirnya akan membawa kita mampuih.

- TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA, Pulau Pinang.


Last changed: August 24, 1999