[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Masjid UMNO KLCC

Date: 24 Aug 1999
Time: 20:27:40
Remote User: -

Comments

Ulasan

Petronas yang bayar, UMNO yang dapat nama dan ambil alih surau ini. Tak tahulah apa nak jadi dengan Petronas. Kering kontang dibuatnya. Pekerja-pekerja Petronas merintih kerana bonus pun susah dapat.

Kita akan pastikan Haman ini diambil tindakan bilamana pakatan Alternatif memerintah kelak.

============================================================================================================================== SURAU ASY-SYAKIRIN KLCC DINAIKKAN TARAF MASJID

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Surau Asy-Syakirin KLCC hari ini dinaikkan taraf menjadi masjid pada satu majlis yang disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paduka Dr Abdul Hamid Othman di sini.

Berikutan kenaikan taraf itu, surau itu akan ditadbirkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), demikian menurut kenyataan Petronas, yang membiayai pembinaan surau itu.

Satu upacara menandatangani memorandum antara MAIWP dan Petronas juga diadakan bagi menyerahkan urusan pentadbirannya kepada MAIWP.

Surau itu yang siap pada 1998 merupakan sebahagian daripada projek Fasa 1 Kuala Lumpur City Centre.

Ia boleh menampung 6,000 jemaah dan mempunyai kubah setinggi 17 meter yang diperbuat daripada aluminium dan kaca. --BERNAMA


Last changed: August 24, 1999