[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Bukti Kegagalan UMNO

Date: 24 Aug 1999
Time: 20:32:00
Remote User: -

Comments

Ulasan

Satu negara yang telah diperintah 40 tahun oleh UMNO masih lagi gagal selesaikan perkara ini kerana mereka tidak cekap dan arif dalam menangani isu ini. Ini kerana mereka mempolitikkan Islam. Mereka memperkecilkan Islam.

Wahai umat Islam, sedarlah bahawa perjuangan untuk menggulingkan kerajaan BN adalah satu tugas dan kewajipan setiap muslim di negara ini. UMNO telah jauh lari daripada pegangan Al Quran.

============================================================================================================================== PENYERAGAMAN UNDANG-UNDANG SYARIAH PERLU, KATA HAMID

PUTRAJAYA, 24 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Pulau Pinang dan Negeri Sembilan hari ini menandatangani perjanjian perkhidmatan guna sama pegawai syariah dengan kerajaan persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paduka Abdul Hamid Othman yang menyaksikan majlis itu di sini, menyifatkannya sebagai langkah yang tepat.

"Perjanjian ini merupakan tanda kita melangkah ke hadapan dalam pengendalian perjalanan mahkamah syariah," katanya pada majlis itu.

Selain Pulau Pinang dan Negeri Sembilan, negeri-negeri lain yang telah menandatangani perjanjian guna sama itu ialah Perlis, Selangor, Melaka dan Wilayah Persekutuan.

Perjanjian itu membolehkan hakim dan mahkamah syariah dikendalikan di peringkat pusat dengan kemudahan gaji, latihan dan perkhidmatan, protokol dan cara bekerja yang standard di negeri-negeri berkenaan.

Abdul Hamid berkata kerajaan pusat sedar mengenai kesukaran untuk menyeragamkann pengendalian mahkamah dan undang-undang syariah tetapi ia perlu untuk menghapuskan prejudis dan rasa tidak puas hati dengan perkhidmatan mahkamah itu seperti yang selalu ditimbulkan oleh masyarakat.

"Kita tidak berniat untuk menyentuh bidang kuasa kerajaan negeri dan kuasa raja seperti yang telah diperuntukkan oleh perlembagaan. Skim ini hanya menyentuh kecekapan dan pegawai mahkamah," katanya.

Katanya pengendalian mahkamah dan undang-undang yang tidak seragam menyebabkan masyarakat mempunyai rasa prejudis terhadap mahkamah syariah sedangkan ia boleh berperanan sebagai instrumen dan inspirasi untuk memantapkan keluarga Islam.

Mahkamah syariah tidak seharusnya dipandang sebagai tempat menjatuhkan hukuman semata sebaliknya ia harus menjadi pedoman untuk mewujudkan sebuah kelaurga yang mantap, katanya.

"Undang-undang syariah negeri yang tidak seragam kadang-kadang menyukarkan pelaksanaan hukuman sekiranya mereka yang didapati bersalah berpindah ke negeri lain," katanya.

Kerajaan persekutuan diwakili oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Abdul Halim Ali manakala kerajaan Pulau Pinang diwakili Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Datuk Jamaluddin Ahmad Damanhuri dan Negeri Sembilan oleh Setiausaha Kerajaan Negerinya Datuk Mohamed Ali Abu Samad. -- BERNAM


Last changed: August 24, 1999