[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Hamid Othman, Bertaubatlah Kamu

Date: 24 Aug 1999
Time: 20:39:46
Remote User: -

Comments

Ulasan

Berita ini mengesahkan bahawa iktiqad Hamid Othman (Haman) telah rosak. Wahai kaum muslimin dan muslimat, pandangan beliau ini sungguh menyongsang dan tidak boleh diikuti. Nampak jelas bahawa fahaman ugamanya bersifat sekular dan mengelirukan.

"Kenyataan itu tidak kena dengan masanya...bukan tidak boleh sebut tetapi biarlah peristiwa itu telah lama berlalu dengan orang yang ditimpa kesusahan itu tidak lagi berdukacita," katanya.

INI SATU ALASAN SEMPIT HAMAN KERANA KITA HARUS MENERIMA HAKIKAT BAHAWA ITU BALA ALLAH SWT YANG DITURUNKAN AKIBAT KEDURJANAAN KERAJAAN TURKI YANG SEKULAR.

"Jangan samakan umat Nabi Muhamad dengan zaman nabi Nuh atau nabi yang terdahulu...umat Nabi Muhamad dilindungi dari bala fizikal...lagipun kita tidak boleh membuat perbandingan yang sebegitu kerana ia akan menghuru-harakan keadaan," katanya.

INI SATU FAHAMAN YANG MENYONGSANG KERANA ALLAH SWT TETAP AKAN BERI BALA FISIKAL KEPADA UMAT MUHAMMAD. BAGAIMANA DENGAN KIAMAH NANTI? SEBELUM YANG BESAR ALLAH SWT AKAN BERIKAN YANG KECIL DAHULU. BERTAUBATLAH WAHAI HAMAN!!!

==============================================================================================================================

ULASAN NIK AZIZ TIDAK SESUAI DENGAN AKHLAK ISLAM

PUTRAJAYA, 24 Ogos (Bernama) -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paduka Dr Abdul Hamid Othman hari ini menyifatkan ulasan Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa gempa bumi di Turki sebagai bala Allah kepada negara itu, sebagai keterlaluan.

Beliau berkata ulasan itu sebagai tidak mencerminkan akhlak Islam yang meminta umatnya menghormati perasaan orang yang ditimpa kesusahan dan kesedihan.

"Kenyataan itu tidak kena dengan masanya...bukan tidak boleh sebut tetapi biarlah peristiwa itu telah lama berlalu dengan orang yang ditimpa kesusahan itu tidak lagi berdukacita," katanya.

Menurutnya Nik Aziz tidak seharusnya menyamakan setiap kejadian bencana alam dengan bala yang diturunkan oleh Tuhan.

"Jangan samakan umat Nabi Muhamad dengan zaman nabi Nuh atau nabi yang terdahulu...umat Nabi Muhamad dilindungi dari bala fizikal...lagipun kita tidak boleh membuat perbandingan yang sebegitu kerana ia akan menghuru-harakan keadaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Perkhidmatan Gunasama Pegawai Syariah antara Kerajaan Persekutuan dan kerajan negeri Pulau Pinang dan Negeri Sembilan di sini hari ini. -- BERNAMA


Last changed: August 24, 1999