[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Khalid Juga Melalut

Date: 24 Aug 1999
Time: 20:54:37
Remote User: -

Comments

Ulasan

Pada masa guru-guru sokong UMNO dan menjadi ahli UMNO, mereka dipuja dan dipuji dan diberi layanan istimewa tapi apabila keadaan sebaliknya sekarang, mereka dihina dan diancam.

Apa sudah jadi?

Kamu tanya mengapa jadi begini. Jawapan rakyat UMNO adalah parti durjana yang menghina bangsa melayu. Harap pagar pagar makan pagi. Orang-orang melayu tulen tidak akan memaafkan perbuatan Si Kepala Taik yang tidak tulen melayu yang menghina DSAI pejuang melayu tulen. Ada faham?

==============================================================================================================================

GURU TENTANG KERAJAAN DINASIHAT LETAK JAWATAN

MELAKA, 24 Ogos (Bernama) -- Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Khalid Yunus mengingatkan para pegawai di Kementerian Pendidikan dan golongan guru yang menentang dasar kerajaan secara terang-terangan supaya meletakkan jawatan.

Beliau berkata profesion perguruan jangan dicemarkan dengan menghasut murid-murid supaya membenci kerajaan.

"Kita tak boleh terima guru yang menyertai pihak pembangkang, naik ke pentas di majlis-majlis ceramah memaki hamun kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad serta dasar-dasar kerajaan," katanya ketika menyampaikan taklimat kepada pegawai perkhidmatan pendidikan Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Khalid berkata beliau melihat terdapat "ombak-ombak" para guru yang menentang kerajaan sejak akhir-akhir ini walaupun tidak diketahui bilangan mereka.

"Apa yang tak kena ini, apa masalahnya? tanya beliau.

Beliau mengakui tidak ada satupun kerajaan demokrasi yang seratus peratus mendapat sokongan daripada anggota perkhidmatan awam.

Bagaimanapun, beliau berkata bukan kerja guru untuk menyebarkan dakyah pembangkang kepada murid-murid kerana peranan guru adalah untuk melahirkan insan cemerlang dalam bidang akedemik serta bermoral tinggi.

"Kita patut mensyukuri nikmat yang diberikan sepanjang tempoh 42 tahun negara mencapai kemerdekaan serta hasil dan usaha kerajaan meningkatkan bidang pendidikan," katanya.

Beliau berkata, kerajaan telah melaksanakan pelbagai dasar bagi meningkatkan bidang pendidikan di samping menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan serantau. -- BERNAMA


Last changed: August 24, 1999