[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Sanusi Berlakon Alim, Kunun....

Date: 25 Aug 1999
Time: 05:18:32
Remote User: -

Comments

Ulasan

Apa yang Sanusi takutkan? Kalau dia buat ini kerana tidak mahu PAS buat ceramah pada malam Jumaat, kita semua boleh terima. Tapi dia tak berani kata. Maka sahlah bahawa dia penakut besar.

Nampaknya ceramah PAS pada malam Jumaat sangat berkesan. Itu sebab dia halang. Dia berlakon alim.

============================================================================================================================== KEDAH LARANG ADAKAN CERAMAH POLITIK PADA MALAM JUMAAT

ALOR SETAR, 25 Ogos (Bernama) -- Kerajaan negeri meminta semua parti politik tidak mengadakan sebarang ceramah politik pada setiap malam Jumaat mulai sekarang.

Menteri Besar Tan Sri Sanusi Junid hari ini berkata beliau telah mengarahkan pihak berkuasa supaya tidak mengeluarkan lesen kepada pihak-pihak yang ingin menganjurkan ceramah mereka pada malam Jumaat.

"Kita minta supaya malam tersebut orang ramai yang beragama Islam menumpukan perhatian beramal dan beribadat daripada tertumpu ke ceramah politik," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini.

Beliau berkata larangan itu tidak tertumpu kepada ceramah PAS sahaja tetapi juga ceramah yang dianjurkan Barisan Nasional (BN).

Sebelum ini, kerajaan negeri telah mengarahkan pusat-pusat hiburan di seluruh negeri supaya tidak beroperasi pada setiap malam Jumaat. -- BERNAMA


Last changed: August 25, 1999