[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Awang Buta Statistik

Date: 25 Aug 1999
Time: 21:53:28
Remote User: -

Comments

Ulasan

Dalam Awang memberitakan keadaan ekonomi yang lebih baik, dia terlupa membandingkan pencapaian negara berbanding dengan statistik negara-negara yang di bendung masalah ekonomi. Yang kita tahu Malaysialah yang paling lembab berkembang ekonominya kerana dasar-dasar kewangannya yang tidak menjana peluang baik untuk pelabur.

Agaknya Si Awang tak tahu tak?

Awang tak kecutkah bila 1 September sampai?

Awang tahukah kadar inflasi sekarang?

============================================================================================================================== BISIK-BISIK

ADA dua berita baik semalam. Pertama, kemelesetan ekonomi sudah jauh meninggalkan kita. Kadar pertumbuhan bagi suku kedua tahun ini ialah 4.1 peratus.

Kedua, Amanah Saham Wawasan (ASW), mengumumkan dividen sebanyak 10.2 peratus. Tahun lalu ASW membayar 9.8 peratus.

Dua berita gembira ini membawa makna yang lebih besar daripada dividen yang akan dinikmati oleh para pelabur. Ia menunjukkan bahawa ekonomi negara benar-benar semakin pulih.

Awang harap pihak-pihak yang masih lagi mencanang bahawa pemulihan ekonomi hanyalah rekaan atau dibuat-buat menerima realiti ini.

Tentu ada di antara mereka yang melabur dalam ASW.

Awang - Penyampai berita baik.


Last changed: August 25, 1999