[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Isu Ini Akan Di Perbesar-besarkan

Date: 25 Aug 1999
Time: 23:23:32
Remote User: -

Comments

Ulasan

Sebagaimana yang dijangka isu ini tetap akan dipolitikkan dan diperbesar-besarkan walaupun adanya ASEAN dan PBB. Malaysia akan mengundang masalah antarabangsa sekiranya masih berdegil.

Pada kita walaupun isu kedaulatan itu penting tapi kita tidak mahu isu ini diperbesar-besarkan dan UMNO menangguk di air yang keruh.

============================================================================================================================== UMNO MAHU KERAJAAN TERUS PERTAHAN KEDAULATAN TERUMBU

KOTA BAHARU, 25 Ogos (Bernama) -- Biro Antarabangsa Umno mahu kerajaan terus mempertahankan kedaulatan terhadap Terumbu Siput dan Peninjau di Kepulauan Spratly, dan tidak bimbang dengan cadangan Filipina untuk mengemukakan perkara berkenaan ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Setiausaha biro itu Mustapha Yaakob berkata kerajaan mesti bertegas dalam perkara itu memandangkan telah terbukti Terumbu Siput dan Peninjau berada dalam wilayah berdaulat negara ini.

"Tidak ada apa yang perlu dibimbangkan, kita mempertahankan hak kita dan kita bukannya menceroboh hak milik negara lain," kata beliau ketika dihubungi hari ini.

Semalam Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar menyatakan bahawa Malaysia mempertahankan kedaulatannya terhadap Terumbu Siput dan Peninjau di Kepulauan Spratly meskipun Filipina mahu mengemukakan isu berkenaan ke PBB.

Mustapha berkata memandangkan kedua-dua terumbu itu hak Malaysia adalah wajar untuk negara ini menggunakannya termasuk membina bangunan.

"Biro Antarabangsa Umno yakin apa yang dilakukan Malaysia adalah untuk keamanan dan tidak berniat untuk mencetuskan ketegangan," katanya. Katanya, apa yang dilakukan oleh Malaysia di kedua-dua terumbu itu bukan suatu pencerobohan memandangkan dalam peta antarabangsa menunjukkan tempat berkenaan dalam wilayah Malaysia.

Mustapha berkata bantahan dari Filipina itu bukanlah suatu perkara baru dan terpulang kepada negara berkenaan untuk meneruskan niatnya mengemukakan perkara berkenaan ke PBB.

-- BERNAMA


Last changed: August 25, 1999