[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Kedegilan Si Kepala Taik

Date: 25 Aug 1999
Time: 23:30:14
Remote User: -

Comments

Ulasan

Nampak sangat Si Kepala Taik mahu gunakan statistik ini untuk agenda politiknya. Kita dapati bahawa dia suka sangat bermain dengan statistik untuk memanipulasikan pasaran. Ini semua kita dapat lihat. Statistik boleh mengelirukan rakyat.

Sepatutnya dalam ekonomi kita harus bergerak kepada data hidup. Ini memberikan gambaran sebenar.

Jangan ingat rakyat bodoh.

============================================================================================================================== DR M: TIADA SEMAKAN DALAM RAMALAN PERTUMBUHAN 1.0 PER BAGI '99

PUTRAJAYA, 25 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia tidak akan menyemak ramalan pertumbuhan 1.0 peratusnya bagi tahun ini walaupun terdapat pertumbuhan suku kedua yang kukuh pada 4.1 peratus.

"Tidak, kita tidak boleh buat itu kerana kita belum tahu lagi angka-angka suku ketiga dan suku keempat KDNK," beliau memberitahu pemberita selepas perjumpaan dengan Presiden Indonesia B J Habibie di sini.

Diminta mengulas mengenai prestasi suku kedua yang teguh itu, kata beliau, "Ia adalah satu kegembiraan bagi kita."

Beliau juga berharap bahawa pertumbuhan positif di dalam ekonomi itu akan berterusan.

Ekonomi Malaysia menguncup sebanyak 1.3 peratus dalam suku pertama tahun ini.

Separuh tahun ini memperlihatkan pertumbuhan sebanyak 1.4 peratus berbanding dengan penguncupan 4.2 peratus dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Bagi keseluruhan tahun lalu, ekonomi Malaysia menguncup sebnyak 7.5 peratus. -- BERNAMA


Last changed: August 25, 1999