[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Keyakinan Palsu

Date: 25 Aug 1999
Time: 23:41:42
Remote User: -

Comments

Ulasan

Siapa yang dia nak bohong? Rakyat?

Penduduk Sabah tidak akan sokong MCA sebab mereka ada parti lain. Namun kali ini parti-parti alternatif akan memberikan cabaran lebih getir buat BN.

Kita tahu kalau kita teruskan pemerintahan BN, budaya rasuah akan berleluasa mencengkam kehidupan anak-anak kita.

============================================================================================================================== MCA SABAH YAKIN LEBIH RAMAI PENGUNDI CINA UNDI BN

KOTA KINABALU, 25 Ogos (Bernama) -- MCA Sabah hari ini menyatakan keyakinannya bahawa lebih ramai pengundi Cina akan mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi perhubungan MCA Sabah Datuk Khoo Keok Hai berkata penduduk Cina di Sabah menyedari bahawa hanya BN yang mampu membawa pembangunan dan kestabilan politik di negara ini dan di Sabah.

"Kemampuan untuk membawa kestabilan dan pembangunan adalah faktor penentu dalam memilih siapa yang patut diundi," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat ketua bahagian parti, di sini.

Ditanya sama ada parti itu bercadang meletakkan calon pada pilihan raya umum itu, yang hanya melibatkan kerusi Parlimen di Sabah, Khoo berkata ia terpulang kepada pimpinan BN.

"Kami berada di sini untuk memberi khidmat kepada rakyat dan jika pimpinan BN berkata kami boleh bertanding, kami akan bertanding. Bagi bilangan calon dan kawasan, kami menyerahkan kepada barisan kepimpinan BN untuk memutuskannya," katanya.

Kepada soalan lain, Khoo menafikan bahawa parti itu mempunyai masalah dengan parti komponen Cina BN lain di Sabah.

"Kami berhubung baik dengan parti komponen lain dan jika terdapat perbezaan, ia bukanlah sesuatu yang serius," katanya.

-- BERNAMA


Last changed: August 25, 1999